Tuesday, October 1, 2013

LOBOTOMY “Satanic Speed Metal Ritual” (METAL PORN PROD) – MALAYSIA


Album sulung LOBOTOMY ini diterbitkan oleh sebuah label dari Jerman, Heavy Forces Records dalam bentuk piring hitam 12” pada penghujung 2012. Ia merupakan sesuatu yang membanggakan bagi scene Thrash metal tanahair kerana mereka berjaya memecah kepumpong serta meraih perhatian pergerakan underground metal Eropah yang sebelum ini hanya memandang orang Asia sebelah mata.

Saya tidak tahu format kaset ini samada ia bootleg atau dibawah lesen dari Metal Forces Records kerana di dalam kulit album ini dinyatakan produksi dan hakcipta milik Metal Porn Production 2013. Mungkin beliau telah membeli hakciptanya?

Kaset ini memuatkan 8 lagu termasuk sebuah trek live “Mabuk Darah” yang dirakamkan dalam sebuah gig mereka. Dirakamkan dengan baik di PMS studio, manakala kerja adunan dan mastering telah dilakukan oleh Eugene dengan kemas dan sempurna.


LOBOTOMY dianggotai oleh 3 orang anak muda, Sen – bassist/penyanyi, Iwan – gitaris dan Aloy – drummer yang merupakan sebahagian dari perintis pergerakan Thrash Metal pekan Kajang. Saya kurang setuju jika mereka digelar kumpulan speed metal. Mungkin ya mereka mempunyai ciri-ciri speed metal di dalam susunan muzik mereka. Tetapi saya mengenali speed metal dari kumpulan-kumpulan seperti RUNNING WILD, ANVIL, BULLDOZER, HIRAX, EXCITER, RIOT, METALLICA lama, LEIGE LORD. Mereka bukan seperti ini. Bagi saya LOBOTOMY adalah band basic thrash metal, tetapan bunyi dan susunan muzik mereka serta kelajuan mereka boleh dilabelkan sebagai retro. Atau lebih mudah. Kembali kepada akar umbi. Anda boleh juga hidu pengaruh punk dan yang saya paling puji solo-solo gitar Iwan Uchida yang penuh dengan scaling dan harmoni vintage rock.

Mereka sebenarnya mempunyai pengaruh berat Thrash Metal dari Asia sendiri terutamanya dari Jepun. Maka tidak hairanlah mereka sangat diterima di negara matahari terbit. Nyanyian Sen pula mengingatkan saya kepada kumpulan tempatan seperti CROMOK dan SAMARTARY.

Dapatkan kaset ini dengan harag RM15 (termasuk kos pos) melalui Faithcraft Productions atau hubungi Metal Porn Productions: metalporn666@gmail.com atau +60126671946

No comments:

Post a Comment