Wednesday, December 18, 2013

YUNA “Terukir Di Bintang” – YUNA ROOM RECORDS (MALAYSIA)


Saya tidak pernah membeli sebarang produk dari artis arus perdana Malaysia. Inilah kali pertama rasanya saya membelinya setelah mendengar beberapa lagu Yuna dalam TV. Saya mengetahui kewujudan beliau sejak sekian lama tetapi tidak pernah tertarik untuk betul-betul menghayatinya sehinggalah lagu-lagu baru beliau kedengaran begitu matang dan perlu diteliti.

Saya ke beberapa kedai namun gagal mendapatkan cd original beliau sehinggalah saya ke Speedy Video dan temui cd ini. Saya menyangkakan ini adalah album terbaru beliau kerana tiada sebarang catatan tahun produksi album ini pada kulitnya. Bila di google, rupanya beliau mempunyai sebuah lagi album penuh dalam Inggeris berjudul “Yuna” yang diterbitkan oleh Fader Label dari Amerika Syarikat.

Kita mempunyai beberapa kumpulan metal ektrim yang telah menerbitkan album di bawah label luar negara, termasuk BLACKFIRE sendiri telah mengeluarkan LP dibawah label dari Jerman. Tetapi skala kita kecil dan pasaran kita di bawah tanah. Yuna amat mengkagumkan kerana mampu bersaing dalam pasaran yang besar dan dunia mengiktiraf karya-karya beliau.

Yunalis Zarai yang kini berumur 26 tahun berasal dari Alor Setar mula membuat persembahan muziknya sejak 2006 apabila bakatnya mula diketengahkan melalui laman sosial, Myspace. Menurut guru-guru yang penah mengajar Yuna ketika beliau menuntut di Sekolah Menengah Derma, Perlis, Yuna tidak langsung menunjukkan petanda bintang beliau akan bersinar cemerlang suatu hari kelak di persada seni antarabangsa. Beliau kini giat mempromosikan album nya di Amerika Syarikat disamping pernah membuat persembahan di MTV Studios di Times Square, New York. Yuna turut merakamkan lagu cover “Here Comes The Sun” dari BEATLES ( lagu berpuaka yang sama dirakamkan oleh GHOST ) yang dimuatkan filem Savages (2012).

Mendengar cd Yuna ini memberi suatu ketenangan di hati. Suara beliau yang tenang, merdu, menghanyutkan perasaan anda bagai mimpi. Ia akustikal, kadangkala di sulam pop rock yang ringan dan ada ketikanya hanya ekperimentasi elektronika dan programming seperti lagu “Fears and Frustrations”. Namun semua lagu-lagu Yuna tidak gagal membangkitkan suasana damai, penuh drama dan psychedelic.


Saya sukakan semua lagu-lagu yang ada di dalam cd ini. Ia kedengaran ringkas, namun teknikal. Ia penuh melodi dan mistikus. Ia mempunyai pengaruh muzik vintage tetapi ditulis dengan gaya moden seperti lagu “Terukir di Bintang”. Melodi tango tersebut seolah-olah penah saya dengar dari filem-filem lama, sesuai untuk cabaret. Hehe!

Yuna menyatakan pengaruh muzik beliau datang dari Bob Dylan, The Cardigans dan Coldplay. Bagi saya ia menyegarkan seperti mendengar The Corrs (kini yang mempunyai sedikit programming!), Jewel, Mary Poppins, Mia Maestro dan sebagainya.

Cd ini didatangkan dalam sampul tanpa jewel case berserta 16 mukasurat booklet yang mungkin kos pengilangan nya hanya RM5 untuk satu unit. Tetapi harga RM30 untuk cd ini adalah amat berbaloi, bahalol! Jika anda tahu menilai betapa hebatnya penulisan lagu Yuna, disamping kos rakaman, kerja-kerja aduan, mastering di studio yang baik serta bayaran kepada jurutera bunyi yang professional. Tidak dikira lagi pasukan pemuzik kental yang berkhidmat dibawah nama Yuna.

Yuna dianugerahkan bakat menulis lagu, bermain muzik dan bersuara lunak. Tetapi entah mengapa saya tidak boleh melihat foto-foto beliau? Mengapa beliau kelihatan seperti muslimah African-American? Mungkin fesyen turban tersebut lebih mudah diterima oleh masyarakat di Amerika Syarikat? Saya bukan racist tetapi saya tidak selesa melihat gaya tersebut. Saya minta maaf. It’s my bad.

www.facebook.com/yunamusic

No comments:

Post a Comment