Monday, March 10, 2014

ARGON “Promo 2014” (GRUNDAR PRODUCTION) –MALAYSIA


ARGON dianggotai oleh 2 orang sahabat pena saya sejak sekian lama, iaitu Rahim (yang guna anggota KHRABANAZAK) dan Prop kini kembali mengegarkan dunia grind/death metal tanahair dengan aktiviti label miliknya Grundar Production dan penganjuran acara tahunan Grundar Deathfest.

Pertama sekali saya kesan, keanggotaan mereka pada alaf ini telah bertambah kepada 5 orang yang memberikan kuasa penuh dan padu. Jake dari SICKNESS bertindak sebagai vokalis dan penulis lagu mengantikan Rahim yang kini bermain bass sepenuhnya. Manakala Prop mendapat sokongan dari seorang lagi gitaris bernama Bagong dan mendapat khidmat dari pemain dram baru, Ah Fad. Dan keduanya logo mereka turut berubah menjadi lebih rumit dan sukar dibaca.

Dua lagu dirakamkan dalam Promo ini untuk mendedahkan arah tuju dan dimensi muzik ARGON yang terkini. Dirakamkan dengan baik oleh Carlos Studio, ARGON boleh dikategorikan sebagai band brutal death metal tepu tanpa belas kasihan dan tanpa mengenal apa-apa melodi. Ia kedengaran tradisional dan kebanyakan riff mid tempo mereka kedengaran sangat berat dan kejam. Terdapat juga bahagian-bahagian serangan blast beats dan grinding. Jika anda sukakan SINISTER, MONSTROSITY, UNLEASHED, DERANGED, mereka adalah dihaluan yang sama.

ARGON muncul buat pertama kalinya dalam Grundar Deathfest 2014 minggu lalu, setelah sekian lama menyepi dari pergerakan muzik bawah tanah Johor. Mungkin ia sebagai petanda mereka akan aktif semula dan bakal merekodkan album sulung kali ini?!

FACEBOOK ARGON

No comments:

Post a Comment