Monday, April 14, 2014

NEGATION “With His Own Eyes What The True Enemy Of Mind Is” (GRIND PEACE/SCHIZOSOUND RECS) – MALAYSIA


Album sulung yang ditunggu-tunggu oleh grinders tempatan. Saya memperolehi CD ini sebagai tukaran dengan WRECKÄR semasa kami berkongsi pentas di Raub. NEGATION tetap bertenaga dan meletup ketika membuat persembahan di gig Bertukang Malam-Malam siri ke-3 tersebut. Percaya atau tidak NEGATION adalah band grindcore yang paling banyak saya saksikan persembahan mereka sejak dari dahulu lagi. Maka, sejak dari zaman Madec, Bai, Hazree, hingga ke line-up terkini saya dah ‘merli’ (familiar) dengan gaya persembahan dan sound mereka. Rasanya perubahan ahli, zaman atau teknologi tidak sedikit pun menjejaskan jati diri mereka. Apa yang saya sangat terkenang mengenai NEGATION, mereka pasti ‘mereben/melalut’ lama sebelum memulakan setiap lagu di gig-gig mereka. Dan saya sering keliru mana satu Yore dan Madie? Kedua-dua hampir seiras.

CD ini memuatkan 14 buah lagu yang tiap satunya berdurasi pendek, ligat, berat dan disampaikan dalam pakej muzik dan grafik grindcore klassik. Proses rakaman di BWM Studio yang panjang sejak 2009 hingga 2012 disifatkan sebagai berbaloi dengan hasilnya. Meletup-letup, berat dan sekata susun bunyi instrumen mereka. Manakala intipati setiap lagu berkisar tentang politik, jenaka sindiran dan permasalahan sosial sepenuhnya.

Bagi menyimpul ringkas, jika TENGKORAK adalah jawapan kepada NAPALM DEATH di Indonesia. Maka, tidak syak wasangka lagi NEGATION adalah jawapannya di Malaysia.

CD ini boleh didapati bersama-sama dengan t-shirt rasmi mereka dengan harga yang amat berbaloi sekali. Hubungi:

negationgrindcore@gmail.com
FACEBOOK NEGATION 

No comments:

Post a Comment