Thursday, May 1, 2014

JAMES KOTTAK DIPENJARA SEBAGAI ROCKSTAR


Mengapa tajuk posting kali ini sedemikian? Ini kerana pada hemat saya, James Kottak adalah rockstar dan beliau telah diberkas dan dipenjara di Dubai oleh kerana ketulenan kendiri beliau tersebut. Sebagai peminat SCORPIONS timbul satu perasaan untuk mengulas kejadian ini. Memandangkan SCORPIONS adalah pengaruh muzikal utama saya dan permainan dram James Kottak memikat kalbu dengan tone dan persembahan (showmanship) yang tiada tolok bandingnya. Saya amat meminati cara ‘samseng’ beliau di setiap konsert serata dunia yang sentiasa mencetuskan kontroversi.

James Kottak walaupun bukanlah pemain dram asal SCORPIONS yang memahat sejarah dengan lagu-lagu power metal mereka. Tetapi beliau dapat mengolah lagu-lagu klassik SCORPIONS dengan cara tersendiri yang serasi dengan zaman, malah di dalam album-album yang beliau mainkan sejak menjadi ahli tetap SCORPIONS pada 1996 adalah sangat mantap dan keras permainannya. Selain bermain dram, Kottak mampu menyanyi sebagai suara latar kepada Klaus Meine ketika membuat persembahan langsung (Live). Berikut discografi James Kottak bersama SCORPIONS:

Eye II Eye (1999)
Moment of Glory (2000)
Acoustica (2001)
Unbreakable (2004)
Humanity - Hour 1 (2007)
Sting in the Tail (2010)
Comeblack (2011)

James Kottak adalah pemuzik heavy metal yang berasal dari Kentucky, Amerika Syarikat yang kini menjejaki umur 52 tahun. Dia pernah bermain untuk NUT HOUSE, MISTER CHARLIE, THE BOB BRICKLEY BAND, BUSTER BROWN, MONTROSE, KINGDOM COME, WILD HORSES, McAULEY SCHENKER GROUP, WARRANT dan ASHBA. Sebelum menjadi sebahagian dari SCORPIONS, beliau pernah menjadi pemain dram DIO bagi mengantikan Vinny Appice yang menginap pneumonia ketika itu. 


James Kottak turut mengetuai kumpulan punk dibawah jenama beliau sendiri, KOTTAK. James Kottak mungkin cuba berdikari dan tidak mahu dibayangi dengan kemahsyuran SCORPIONS dengan mengunakan nama Jimmy Ratchitt yang mana beliau adalah pemain gitar dan penyanyi untuk KOTTAK. Manakala bekas isteri beliau Athena Lee merupakan pemain dram kepada KOTTAK. KOTTAK melancarkan album terbaru “Attack” tiga tahun lalu.

SCORPIONS bersama Kottak pernah datang ke Malaysia sebanyak 3 kali yang kesemuanya saya gagal hadiri. Paling saya ingati adalah Acoustica Tour mereka pada 3 Ogos 2001 di Kuala Lumpur yang saya baca dalam URTV dan Berita Harian, wartawan-wartawan kita mengecam sikap James Kottak yang memecahkan dan menendang dram yang disediakan pihak penganjur kerana tidak mengikut spesifikasi yang beliau minta sewaktu sesi latihan. Mungkin jurnalis-jurnalis ini ingat James Kottak pemain dram kenduri kahwin main ikut tibai aja apa yang ada?

Tetapi pada 3 April lalu, James Kottak akhirnya bertemu takdir buruknya. National Post pada 29 April 2014 telah melaporkan beliau telah ditahan di Dubai kerana mabuk, berkelakuan liar dan memburukkan Islam. Kejadian ini telah berlaku di Dubai Airport ketika SCORPIONS dalam perjalanan ke Bahrain. Kottak ketika tengah mabuk telah mencetuskan kekacauan sewaktu di transit. Saksi melaporkan Kottak menjerit kepada kakitangan perhubungan awam yang dia tidak mahu menaiki pesawat bersama penumpang Pakistan dan Afghanistan. Kittak menunjukkan isyarat jari tengah sambil mengelar mereka "non-educated Muslims" dan menutup hidung sambil berkata “what is this disgusting smell” apabila mereka melintasinya. James Kottak akhirnya menurunkan seluar dan menayang bontotnya kepada mereka.


Untuk berlaku adil bagi pihak James, berikut disiarkan kenyataan James Kottak pada Gulf News : "I did not curse Muslims or Islam. I would never do such a thing even if I was drunk,".

James Kottak turut menafikan aksi tunjuk bontotnya ketika perbicaraan mahkamah dengan mengatakan beliau hanya mahu menunjukkan tattoo dibelakangnya selain tidak mengaku bersalah diatas semua kesalahan beliau yang lain. Kottak hanya mengaku bersalah meminum arak tanpa lesen. Bagaimanapun, mahkamah menjatuhkan hukuman 1 bulan penjara dan denda 2000 dirham.

Kottak akan dibebaskan beberapa hari lagi.


“…I love certain genres of music and few of them would be the Scorpion. But i would have to lower down the volume because I am on hearing aid,” Profesor Diraja Ungku Aziz, Mingguan Malaysia Februari 2012

No comments:

Post a Comment