Wednesday, May 28, 2014

TENOMIZER “Big Disaster” (promo 2014) – MALAYSIA



Kepada mereka yang telah sedia mengikuti pergerakan thrash metal Kajang dan Kuala Lumpur, mereka pasti gembira apabila adik-adik mereka atau pelapis bala-tenthrash ini sudah mula membiak diserata pelusuk tanahair, termasuklah di Sabah. Perkara yang paling menarik tentang kumpulan ini semestinya pada nama mereka, Tenomizer yang diilhamkan dari nama kampung halaman mereka Tenom.

Ditubuhkan oleh Jerrad, Japi dan Joey pada tahun 2013, tetapi kini posisi Joey sebagai pemain dram telah diberikan kepada Unyil. Tenomizer menjenamakan muzik mereka sebagai speed metal yang mirip dan dibayangi oleh kumpulan tempatan seperti ANTACID, REAPER, HEREAFTER, STORMING STEELS dan NIGHT WOLF. Terdapat 3 buah lagu yang dirakamkan di BMT Studio, Penampang untuk demo cdr ini.

Walaupun masih muda dan banyak kekurangan dari segi pengalaman dan tricks rakaman, TENOMIZER masih boleh berbangga dengan hasil sulung ini dan perlu banyak lagi kerja rumah (homeworks) untuk dilakukan bagi mencari jati diri dan tona peribadi mereka.

CDR ini dicetak dalam kuantiti 50 keping sahaja dan mungkin boleh didapati secara percuma (sebab itu dinamakan ‘promo’, hairan juga kini banyak band meletakkan rakaman mereka sebagai ‘promo’ sebaliknya menjual dan menjana pendapatan dengan ‘promo’ tersebut?). Cuba hubungi TENOMIZER untuk promo ini, siapa tahu mungkin ada lagi:

Email: tenomizer@gmail.com

No comments:

Post a Comment