Friday, May 30, 2014

OSMANTIKOS “Dare to Rise: Java Tour 2013” (produksi sendiri) – MALAYSIA


Kaset edisi khas “Dare to Rise” merupakan diskografi penuh koleksi rakaman OSMANTIKOS dalam karier mereka sebagai pemuzik punk/crust/hardcore. Saya pada mulanya tersalah tafsir mengatakan ini adalah rakaman ‘live’ mereka sepanjang tour mereka di Indonesia pada Oktober tahun lalu yang merentas bandar Kediri, Jogjakarta, Bandung dan Jakarta.

Bagi mereka yang pernah mengikuti perjalanan seni OSMANTIKOS dan masih belum mengetahui kesemuanya, ada baiknya anda dapatkan kaset ini. Anda boleh merasakan arus perubahan muzik mereka sejak di Standing Wave Studio dan kini I-Seek Music Studio, dari mereka tidak mempunyai mascot hingga kini bermaskotkan tikus crusty, dari menulis mesej-mesej politikal kini telah matang dan turut menulis isu-isu peribadi dan dogma. Mereka membesar dengan gaya tersendiri dan langsung tidak terkesan dengan fesyen. Turut dimuatkan sebuah lagu baru berjudul “Broken Dreams” yang lebih berstruktur dan berkelajuan sederhana dari lagu-lagu mereka dalam “Dare to Rise” (2010).

Saya meletakkan harapan tinggi kepada OSMANTIKOS untuk terus berkarya kerana saya yakin kemampuan Borhan dan rakan-rakan. Dapatkan kaset dengan kerja seni yang menarik dari Yusth.

No comments:

Post a Comment