Friday, May 30, 2014

TORMENTOR “Thrash Assault” (produksi sendiri) – MALAYSIA


Sebuah lagi kumpulan thrash metal dari Tenom, Sabah yang mengunakan nama yang begitu popular sekali sebagai gelaran oleh kumpulan-kumpulan metal seluruh dunia termasuklah sebuah kumpulan tempatan sendiri pada awal 90-an dahulu iaitu TORMENTOR. Mungkin mereka sukakan dengan huruf ‘ta’. Hahaha!

Bukan kerana dipengaruhi oleh keunikan pemuzik lagenda TORMENTOR dari Hungary, tetapi berdasarkan logo dan kelincahan muzik mereka, TORMENTOR dari Sabah ini banyak dipengaruhi oleh Teutonic Thrash Metal, terutamanya KREATOR dan DESASTER.

TORMENTOR turut dianggotai oleh anggota TENOMIZER, tetapi berjaya merekodkan lagu-lagu mereka dengan lebih baik dan penulisan lagu mereka juga lebih aggresif. Mereka turut merekodkan demo “Thrash Assault” ini di BMT Studio, Penampang, studio yang digunakan TENOMIZER untuk merakamkan lagu-lagu promo mereka dan juga membawakan sebuah lagu saduran dari ‘otai’ black/thrash metal Sabah berjudul “Rocking Demon” dari INSIDE. Bagi saya lagu terbaik yang berjaya menaikkan mood saya dalam demo ini adalah “Fight or Die”.

TORMENTOR berjaya membawakan virus thrash metal ini dengan baik sekali walaupun tiada sebarang pembaharuan yang ditemui dalam genre ini. Jadi tidak hairanlah nama mereka sering disebut-sebut hingga di semenanjung Malaysia sebagai kumpulan thrash metal baru yang paling menyerlah pada tahun ini. Demo ini turut menarik perhatian sebuah label dari Thailand yang menerbitkannya semula dalam bentuk pro-tape. Beri peluang pada mereka untuk melebarkan sayap!

Hubungi: Tormentor, P.O BOX 330, 89908 Tenom, Sabah, Malaysia
Email: hellarm10@gmail.com

No comments:

Post a Comment