Thursday, November 13, 2014

DON’T BORE US-GET TO THE CHORUS! ROXETTE’S GREATEST HITS (EMI) -SWEDEN


Apabila Eddie, dari THE FOUR HOURSEMEN (band promoter & gig organizer) mengiklankan kaset ini untuk dijual. Saya segera hubungi beliau untuk mendapatkannya, saya tak beli pun. Saya trade dengan CD Ahmad Ra1m1 “Elektro Qalbu Pendosa”. Harap dia tak rasa tertipu. Hahaha!

Apa yang membuatkan saya kepingin untuk mendapatkan kaset ini? Paling utama nilai sentimental yang ada padanya. Saya ingat lagi zaman sekolah dahulu, saya sering curi-curi dengar kaset milik pak cik di kampung. Saya akan kayuh basikal seminggu sekali ke kampung nenek saya demi untuk mendengar kaset ini melalui hifi. Zaman itu hifi haya dimiliki oleh orang yang berkemampuan. Bukanlah pak cik saya itu orang kaya, tetapi orang bujang rajin bekerja. Baginya memiliki hifi lebih penting dari menukar kaphai buruknya untuk kegunaan ke sawah. Jadi, boleh dikatakan saya berlatarbelakangkan pencinta muzik la ya.. hahaha!

Zaman sekolah rendah hingga tingkatan satu, Roxette adalah dewa muzikal saya. Lagu-lagu mereka adalah runut bunyi kehidupan saya, disamping..ya! SCORPIONS. Sehingga kini setiap kali saya mendengar Roxette, saya kembali ke usia tersebut. Saya tersenyum dan secara spiritual, saya kembali remaja, ingin berpacaran dan sebagainya. haha! Banyak juga lagu-lagu yang saya tidak faham ketika usia itu sekadar mengagumi melodinya, namun terus terpahat dalam kelas ‘emas’ apabila saya sendiri melalui apa yang telah dinyanyikan oleh Per Gessle dan Marie Fredriksson dalam lagu “Sleeping in My Car”, “You Don’t Undertand Me”, “Crash! Boom! Bang!”, “She Doesn’t Live Anymore”, “Almost Unreal”, “The Big L” dan sebagainya.

lihat nama studio rakaman "How do you do!"

Semua emosi berjaya dirakamkan oleh mereka dengan cemerlang; gembira, sugul, hampa, ceria, bersemangat, liar, semuanya ada. Mereka sebuah kumpulan pop rock yang turut berekperimentasi dengan banyak pengunaan keyboards dan programming. Per Gessle, bagi saya memang seorang genius muzik. Apa yang berlaku dalam Roxette adalah keajaiban dan saya tidak ragu-ragu menyatakan muzik mereka tulen, satu-satunya yang wujud di planet ini. Beliau juga bijak membuat pemilihan bagi dominasi vocal samada beliau sendiri atau Marie bagi tiap-tiap lagu.

Kaset ini adalah sebuah kompilasi 14 single yang meletup serata dunia (dari 1988 hingga 1995) dengan tambahan 4 lagu baru. Jika dinilai pada waktu terbitnya album ini, 1995 hanya ada dua kumpulan dari Sweden yang mampu membuat kompilasi hit singles ini; ROXETTE dan ABBA. Bukan BATHORY, bukan DISSECTION, bukan ENTOMBED, bukan AT THE GATES. Hehe. (sekadar jenaka!).

Sehingga kini, ada beberapa lagi rangkaian album kompilasi mereka. Walaupun beberapa tahun lalu mereka menyepikan diri kerana keuzuran Marie. Terkini mereka dilihat aktif semula melakukan persembahan dan diharapkan mereka dapat muncul dengan album terakhir atau membuat siri jelajah di Asia Tenggara.

Roxette ditubuhkan pada tahun 1986.

No comments:

Post a Comment