Friday, January 9, 2015

INSULTOR “Demonic Session” (NEBULOUS BLACK TYRANT) –MALAYSIA


Mereka bukanlah sebuah kumpulan yang baru ditubuhkan, tetapi telah lama bergendelangan di ibu kota tanpa sebarang rilisan kerana gagal mendapat ahli-ahli yang benar-benar serius bagi menjulang nama INSULTOR yang sebelum itu dikenali sebagai IMPERIA. “Demonic Session” ini adalah sebuah hasil yang ditunggu-tunggu oleh kami semua rakan-rakan yang mengenali Axxecutor @ Hashim kerana beliau seorang yang guitaris berbakat besar dalam rakaman dan persembahan pentas. Saya sendiri berguru perihal rakaman homestudio dari beliau, malah pernah mengunakan khidmat gitar sakti beliau ketika rakaman demo “Psycho Charmer” (2006).

Rakaman demo kaset yang dibuat pada November 2014 ini memuatkan tiga lagu ia itu “Vengeance”, “Wolf of Hatred” dan “Black Seed” pada Side A. Manakala pada Side B, mereka memasukkan 2 lagu yang dipetik dari “Ritual Damnation” demo dan sebuah lagu yang dipetik dari kompilasi Eastern Massacre. INSULTOR bagi yang tidak tahu adalah kumpulan yang memainkan irama Norwegian black metal era 90-an dan begitu mengagumi dewa-dewa seperti MAYHEM, SATYRICON, ULVER dan AURA NOIR. Maka tidak hairanlah lagu-lagu mereka sangat menjurus kepada penyembahan berhala mereka. Saya pernah menyaksikan mereka berlatih dan bermain gig, boleh dikatakan jika inilah atmosfera muzik dan permainan mereka yang terbaru, mereka telah jauh maju dan kental. Bagi gemar irama black metal tradisional dan gasar ini bolehlah mendapatkan demo ini kerana saya lihat kebanyakan band Malaysia yang cuba-cuba jadi segagah Viking penyembah syaitan gagal kerana kurang dinamik dan grinding dibahagian dram walaupun riff-riff mereka sesejuk salji. Tetapi INSULTOR boleh dikatakan berjaya dalam pakej yang lengkap.

Saya tidak dapat mengulas mengenai Side B yang kedengaran kurang memuaskan dan bunyinya naik turun, adakah semua kaset begitu atau kaset saya mengalami kerosakan?

Bagaimanapun, dapatkan demo ini yang diterbitkan dalam kuantiti terhad 66 keping. Difahamkan pemain dram mereka pernah berkhidmat untuk death metal puaka dari Kajang, KATHGOR. Saya berharap INSULTOR telah bersedia untuk langkah seterusnya iaitu….. sebuah album penuh!

CONTACT: insultors@gmail.com

No comments:

Post a Comment