Sunday, April 19, 2015

SAVAGELY TORTURED “Promo 2015” (MALAYSIA)


Tidak banyak yang saya tahu mengenai kumpulan ini kecuali mereka ditubuhkan di Kuala Lumpur dan diterajui oleh Wira Rastara (guttural deep growls) setelah menarik diri dari kumpulan beliau sebelum ini SCENT OF CARNAGE. Promo 2015 ini diterbitkan dalam kuantiti 100 unit (saya yang bernombor 94) oleh Pure Hate Management bertujuan sebagai pengenalan wujudnya SAVAGELY TORTURED dan bukti kemampuan serta arah tuju mereka kepada pengemar irama brutal death metal. Ia juga sebagai mempromosi produk yang sedang mereka kerjakan berdasarkan ketiga-tiga lagu didalam CD ini (1. Remoseless, 2. Subjugate, 3. Diabolical Truth) disebarkan dalam kondisi pra-produksi (pre-production) tanpa melalui proses mastering. Lagu-lagu ini juga menjalani rakaman di 3 studio berasingan namun tidak diketahui siapa yang terlibat sebagai jurutera bunyi. Itu tidak penting, kerana ini hanya sebuah promo, yang pentingnya adalah kualiti yang dipamerkan dalam 3 buah lagu ini sudah mencecah universal standard bagi haluan brutal death metal walaupun masih belum digilapkan melalui produksi terakhir.

Mereka teknikal, berat, kencang dan berpotensi untuk meletakkan aras baru bagi genre ini di pesada muzik death metal tempatan secara amnya. Jika mereka kekal rajin berusaha dan giat dalam memajukan diri sendiri tidak mustahil mereka boleh pergi lebih jauh. Jika tidak diri sendiri, siapa lagi akan bantu ya tak? Jika anda bergelumang dengan muzik kejam seperti DYING FETUS, DEVOURMENT, PATHOLOGY, PUTRID PILE, ABORTED sila tunggu kehadiran material sulung dari SAVAGELY TORTURED yang mungkin akan dikeluarkan tidak lama lagi!

Dengan imej, tema, kerja seni, logo dan terutama sekali muziknya, kami di Faithcraft sudah jelas dogma yang dianuti SAVAGE TORTURED. Mereka akan muncul dipentas pada 17 Mei 2015 ini bagi menyokong gig Brutality Pleasure di Insider Space, Cheras. Sila ke sana jika berani untuk diseksa secara kejam oleh mereka.

Facebook SAVAGELY TORTURED

No comments:

Post a Comment