Saturday, November 28, 2015

REPUTDEATH “Promo 2015” – MALAYSIA



Saya memperolehi CD ini dari gitaris mereka, Mika yang juga editor Discarnage zine bertemakan grind and gore dari Sabah. Tiada sebarang maklumat diperolehi dari kulit CD ini, dan saya menganggap dari kualiti yang dipersembahkan promo ini adalah dari lagu-lagu rehearsal mereka. Tidak dapat dipastikan juga ia dirakamkan secara analog atau digital. Promo ini memuatkan 3 lagu “Carnal Disease”, “Tarman” dan “Corpse of the Dead” yang boleh dikatakan bingit, mentah dan penuh intipati death metal purba setanding material material awal dari IMPETIGO, REPULSION, MORTICIAN, DEATH, NIHILIST dan yang sepertinya. Riff-riff bak chainsaw yang membuatkan telinga anda ngilu, pukulan dram yang tidak begitu teknikal namun ber attitude. Ia karya tulis ikhlas dari pencinta genre ini baik dalam muzik, filem dan bahan bacaan. Hail gore and horror!


No comments:

Post a Comment