Tuesday, December 1, 2015

ABBATH


Memperkenalkan ABBATH, kumpulan metal lasak yang ditubuhkan Abbath setelah meninggalkan kumpulan IMMORTAL yang beliau pernah bersumpah bersama Demonaz (rakan baik baiknya) untuk tidak akan menguburkannya selagi mereka berdua bernyawa. Namun Abbath mengumumkan IMMORTAL dibubarkan pada March 2015 lalu. Kejutan itu telah mendapat tindak balas dari penasihat rohani mereka iaitu, Demonaz yang mengumumkan pada Ogos lalu bahawa IMMORTAL akan tetap hidup dengan bantuan pemain dram hebat. Horgh dan anggota baru.

IMMORTAL adalah kumpulan black metal ulung yang ditubuhkan pada 1990 oleh Abbath (bass dan vokal) dan Demonaz (gitar) dengan bantuan beberapa orang pemain dram jemputan. Asalnya mereka berdua lebih kepada death metal melalui dua kumpulan terdahulu iaitu OLD FUNERAL dan AMPUTATION dipenghujung 80-an sehingggalah Euronymous yang menjadi mentor mereka, mempengaruhi IMMORTAL untuk menakluk dengan genre yang dipelopori pemuzik Norway itu. Album “Diabolical Fullmoon Mysticism” (1992) adalah permulaan karya unik mereka, mereka juga memberi satu tanda aras baru kepada jenama muzik black metal dunia dengan klip video “Grim and Frosbitten Kingdoms” (1995) yang menjadi rujukan ratusan band hingga kini. IMMORTAL adalah satu-satunya kumpulan yang berterusan mendendangkan metal memuja iklim dan ketakjuban alam di negara mereka, Norway. Peminat mereka pasti tahu bahawa , gunung ganang, salji, ribut dan mitos kepahlawanan nenek moyang mereka tidak akan dapat dipisahkan dari IMMORTAL selamanya.

Pada 1997, Demonaz berhenti dari bermain gitar disebabkan kecederaan serius pada tangan dan memaksa Abbath mengawal gitar dan menyanyi untuk album “At Heart of Winter”. Demonaz bagaimanapun kekal sebagai penulis lirik dan perunding jenama mereka. Permainan Horgh dalam album ini membawa IMMORTAL kepada dimensi baru, begitu permainan gitar oleh Abbath dengan rencah black metal diadunkan bersama Thrash metal ala Jerman memberikan satu impak yang besar dan membawa kepada identiti IMMORTAL yang kita kenali hingga hari ini.

ABBATH kini bergerak dengan namanya sendiri bersama King ov Hell (bass) dan Creature (dram) setelah tewas pada konflik pemilikan IMMORTAL dan bakal keluar dengan album sulungnya pada 2016 ini. Fakta menarik mengenai Abbath:


· Peminat tegar kumpulan KISS dari USA.

· Corpse-paint mirip Panda sering menjadi troll diinternet

· Kontra dari personaliti pentas yang ganas, beliau realitinya adalah seorang yang sangat lucu

· Nada vokalnya digelar sebagai ‘popeye jahat’

· Selain mampu menyanyi sambil bermain bass atau gitar, Abbath adalah seorang pemain dram handal. Dia turut merakamkan dram untuk album “Pure Holocaust” dan “Battles in the North”.

· Turut menganggotai kumpulan rock and roll parti, BOMBER yang banyak memainkan lagu-lagu saduran MOTORHEAD.

· Sering membuat gaya ketam atau gorilla berjalan ketika membuat persembahan.

· Sesi fotografi Abbath di kota London juga merubah perspektif haluan black metal yang sebelum ini konon nya anti-komersil. Abbath bakal dihukum black metal polis!

Dipetik dari Pedal To The Metal zine isu # 1

No comments:

Post a Comment