Tuesday, April 12, 2016

CORPSE REAPER “REHEARSAL” –MALAYSIA


CORPSE REAPER adalah kumpulan yang ditubuhkan oleh 3 orang pemuda dari Kuantan. Dan dalam  CDR ini mereka memuatkan 3 buah lagu “Morbid Thrash Hammer”, “Darkside Possessor” dan “Brutal Ritual” yang dirakam secara langsung melalui latihan mereka di RF Studio dan Balok Sound Studio. Kualiti rehearsal memang agak tenggelam bak lemas di kolam udang. Anda perlu kuatkan sedikit volume untuk meneliti rangkap-rangkap iramanya. Serabut otak juga jika mahu menafsirkan sama ada mereka memainkan genre grindcore, noisecore atau old school black metal ala demo SARCOFAGO, BEHERIT atau HELLHAMMER tu? Apa kata anda usahakan rakaman yang lebih kemas sedikit selepas ini mungkin ia berbaloi untuk ku goyangkan kepala ini.


Hubungi gitaris Corpse Reaper untuk mendapatkan CD ini: Rizal (017-9588286)

No comments:

Post a Comment