Thursday, April 14, 2016

SENJAKALA “Demo 2004” –BRUNEI


Demo CD ini diberikan kepada saya oleh Eddie (The Four Horsemen) semasa bertandang ke Grundar Death Fest baru-baru ini. Jujur saya katakan, saya langsung terputus hubungan dengan scene metal dari Brunei sejak tahun 2000. Sebenarnya saya sering berhubungan dengan RUST SAKARAZ, THY MYSTICAL EAST, malah pernah membuat satu wawancara bersama Azlan, perintis scene UG Tutong dalam Kemenyan zine isu #1 dahulu. Sayang sekali, saya kehilangan mukasurat diskusi tersebut dari mastercopy maka ia tidak dapat disiarkan dalam buku kompilasi Kemenyan yang Faithcraft Productions terbitkan tahun lalu.

Saya difahamkan band ini telah pun bertukar nama dan kini bergerak megah di arus perdana Brunei dengan nama KARACOMA. Mereka juga telah pun merakamkan album sulung yang mendapat sambutan hebat pada 2010 berjudul “Shattered Mirrors”. Hairan juga apabila mendapat tahu, SENJAKALA akan membuat persembahan sulung di Malaysia dalam acara KL Metalcamp bulan hadapan? Mungkinkah mereka telah berpecah kepada dua? Saya kurang ambil pusing.

Kembali kepada demo ini, walaupun dirakamkan pada 2004, ia merupakan hasil yang hebat dan segar hingga ke hari ini. Tanda aras garapan lagu dan kendalian alat muzik yang ada pada demo ini, adalah sempurna dan memberi petanda mereka lebih dari bersedia untuk merakamkan sebuah album hebat. Jika diingatkan pada awal tahun 2000 adalah era kegemilangan kumpulan goth, power metal dan symphonic metal dengan peneraju wanita telah membawa haluan genre rock symphonik ke arus perdana di peringkat global. Kumpulan-kumpulan seperti EVANESCENCE, LACUNA COIL, terutamanya NIGHTWISH menjadi kegilaan semua remaja. Mereka mencorakkan identiti mereka sendiri pada tema, kod pemakaian, cara persembahan diatas pentas (cara gelek vokalis, drummer pakai kain key, pemain gitar kangkang sambil belai rambut cantik) yang menjadi sub-fashion goth/symphonic metal.

Saya tidak mahu mengulas lebih panjang. Cukuplah saya kata 6 lagu mereka di dalam ini semuanya berkualiti dan semua bahagian memainkan peranan penting. Jika saya pentaksub genre ini, sudah tentu saya mahu melihat persembahan mereka di KL Metalcamp nanti. Apa kata anda layan gig mereka di PinkNoize, Singapore pada tahun lalu.


Demo ini boleh dibeli dari Eddie dengan harga RM6. Saya nak cari album sulung KARACOMA tu…
 Hubungi: senjakala.terakhir@gmail.com

No comments:

Post a Comment