Tuesday, June 28, 2016

SERVORUM “Atramentous” (Terbitan berdikari) –FILIPINA


SERVORUM berasal dari Bacold City, ditubuhkan pada 1998 dan telah pun menerbitkan album sulung “Siege Demons” pada 2011. Setelah itu mereka menyepi atas sebab-sebab tertentu sehinggalah mereka meneribitkan demo “Atramentous” ini. SERVORUM mengetengahkan genre War Metal yang mirip IMPIETY, ANGELCORPSE, BLASPHEMY, KRISIUN dan juga SARCOFAGO. Kualiti rakaman yang bagus dan penuh dengan asakan artileri. SERVORUM bermaksud ‘hamba’ dan mereka bukanlah hamba di Filipina sebaliknya sesuatu yang dahsyat dari negeri tersebut selain Mirian Rivera! CD ini turut memuatkan lagu saduran “Transilvanian Hunger” yang dimainkan dengan kelajuan berlipat ganda dan kejam sekali! Kami di Faithcraft Prod sedang berusaha untuk mendapat kebenaran mereka bagi menerbitkan CD ini untuk metalheads Malaysia.

No comments:

Post a Comment