Thursday, August 25, 2016

ASMODEUS “Rehearsal 2015” (KIMAR RECODS) – MALAYSIA


ASMODEUS ini memang perlu diberi perhatian, terkejut saya mendengar rakaman secara langsung latihan mereka ini. Dengan logo pun dah mirip MARDUK, tetapi struktur mereka kedengaran lebih sadis berbanding hakikat MARDUK sekarang ini. Saya puji pemain dram mereka, Prakang Che yang begitu perkasa hingga mampu menimbulkan semua strokes dan grooves lagu-lagu mereka yang kedengaran akustik. Tidak keterlaluan jika saya katakan ASMODEUS boleh memegang takhta CROWN OV HORN jika kumpulan teknikal black/death metal itu rebah. Enam lagu dirakamkan dalam CD rehearsal ini termasuk lagu saduran dari IMMORTAL dan GORGOROTH sudah cukup untuk membuktikan mereka sangat-sangat sedia untuk merakamkan album penuh. Saya tertunggu dengan penuh minat! Email: stievasmodeus@gmail.com

No comments:

Post a Comment