Monday, September 5, 2016

SHAMBLES “Realm of Darkness Shrine” (PURE HOLOCAST PROD) –THAILAND


Saya menyukai SHAMBLES sebaik mendengar mp3 mereka melalui sesawang rasmi mereka. Sesuatu yang sangat gelap dan kejam walaupun permainan mereka ringkas dan tidaklah begitu teknikal. Boleh jadi riff-riff yang doomy dan garau itu membuatkan saya terpukau dengan ritual kematian yang mereka persembahkan dalam CD ini. Lagu-lagu mereka walaupun boleh dikatakan dari subgenre doom death metal tetapi tidak begitu panjang dan meleret kerana saya tidak puas melayan album ini berkali-kali. Bagi peminat death metal purbawara seperti ASPHYX, PENTACLE, CELTIC FROST, USURPUR, boleh cuba dapatkan album ini menerusi Distribution of Death(KL).

No comments:

Post a Comment