Monday, September 5, 2016

PIG-KRÜST/BAKTERIA “Alcoholic Crococrust Split” (BLAZT PRO) –MALAYSIA


Pyan, editor Bangkit! Zine sekali lagi membawakan kumpulan-kumpulan yang berpotensi untuk disebarkan melalui label beliau. Walaupun setiap CD keluaran beliau sangat terhad (selalunya dibawah kuantiti 50 sahaja) ia perlu direbut kerana ia bukan keluaran-keluaran biasa. PIG-KRÜST dan BAKTERIA didatangkan khas dari Kuching, Sarawak membawakan amukan punk/crust yang cukup bingit dan keras. PIG-KRÜST mempunyai kelebihan melalui kelajuan komposisi dan vocal gaya wrestler mereka. Manakala BAKTERIA lebih menumpukan pada susunan lagu dan sedikit aspek teknikal. Pada pandangan saya, ada baiknya CD ini dibuat mastering biarpun cara amatur bagi mendapat keseimbangan/kesekataan bunyi semua lagu-lagunya. Tetapi itulah, mungkin mereka berpendapat begini lebih asli dan lebih crusty.

Hubungi: facebook.com/blaztpromotion

No comments:

Post a Comment