Monday, October 17, 2016

LIBERAL LIBERALIS (NEVRHOUS REC & GREEN PEACE) -MALAYSIA


Band melodik punk gaya 90-an dengan vokal thrashy ini menghiburkan dari mula hingga habis pusingan pita kaset ini. Walaupun tidak dinyatakan apa-apa maklumat mengenai rakaman demo/ep ini? Bagi saya ia sebuah hasil yang bagus. Semua unit yang bergabung atas nama Liberal Liberalis sejak 2011 ini berada dalam keadaan stabil walaupun kedengaran agak mentah dan kasar.

Seperti kebanyakan band-band dari Sarawak dari segala macam genres. Mereka turut mempamerkan beberapa aspek teknikal dan skill terutamanya pada bahagian gitar. Semua lagu dinyanyikan dalam bahasa Inggeris kecuali lagu "Puk***k Najib!" yang ditulis dalam Bahasa Melayu. Saya dapat kaset ini dari Nizang semasa berlangsungnya KL Zine Fest 2016.

Hubungi mereka: Lot 832 Lorong 6, R.P.R Batu Kawa, Fasa 1, 93250 Kuching, Sarawak.

3 comments: