Tuesday, December 6, 2016

TARANTULAH “Sekatan Minda Terseksa… Kita Didusta” (SISA TOXSICK PROD)-MALAYSIA


Man Rabaxx pemuzik kelahiran Mata Ayer, Perlis bersama rakan-rakannya kembali lagi dengan material ke-4 mereka yang dirakamkan di Tarantulah Home Studio. Mereka masih mengekalkan genre yang sama, yang mereka namakan ‘moderate metal punk’ barangkali kerana ia diperbatasan muzik punk dan metal. Terdapat 6 trek didalam CD dengan pakej kotak DVD berserta booklet 8 muka surat yang menarik hasil lukisan Zee Darksquad dari Indonesia. TARANTULAH adalah sebuah studio band yang memfokuskan tema sosio-politik sepenuhnya. Mereka merakamkan lagu-lagu secara amatur oleh itu ada baiknya anda menilai mereka melalui mesej-mesej yang disampaikan kerana kerja-kerja rakaman dan adunan yang dilakukan mereka sendiri masih banyak yang perlu dipelajari. Dari pengamatan, ada juga beberapa titik persamaan mereka dan band JUGRA namun TARANTULAH bukanlah band nasionalis. tarantulah2012@gmail.com

No comments:

Post a Comment