Tuesday, June 16, 2009

SICKENING ART PART: II


SICKENING ART part:2
Dianjurkan oleh Derangement Project, Mobsterfest dan Evildead Productions


Setelah kejayaan Sickening Art gig yang lalu, nampaknya pihak penganjur sekali lagi mahu membingitkan Kota Kinabalu dengan acara yang sama pada 13 June 2009 bertempat di Razzmataz Club( aku sering salah sebut Razamataz! Anda ingat lagi siapa pencetak dan pengedar ulung merchandise metal satu ketika dulu?). Dan pada kali ini, ia menampilkan 2 buah band dari semenanjung iaitu Hereafter dan Innards Decay. Apabila Redza memaklumkan kepada aku pada April lalu bahawa mereka akan bermain di Kota Kinabalu, aku amat teruja untuk melawati Sabah setelah perancangan kami untuk bercuti di kepulauan Bali menemui jalan buntu. Selain dapat melihat sendiri pergerakan scene metal di Sabah, tarikan warisan kebudayaan etnik di Sabah merupakan sesuatu yang pastinya memukau.

11 Jun 2009 (9.30 malam)
Aku, Redza dan Haidir bertolak dari rumah Redza di Bukit Jelutong ke Desa Pandan untuk rehearse di studio Barritone Studio yang dimilik oleh orang kampung aku Chan. Barang yang penuh di tempat duduk belakang hampir membunuh kami semua. Kami semua bermalam dirumah Tarabaz jadi dapatlah bininya menghantar kami pagi nanti.


12 Jun 2009 ( 3.15 pagi )
Aku buka mata, terus dengan Tarabaz menyapa suruh mandi. Semua selesai mandi, maka seperti orang mahu pindah rumah, kami bergegas ke KLIA. Dengan tambahan 80 helai baju gig yang dipesan oleh pihak penganjur. Sudah cukup menyeksakan tulang temulang kami dan sudah pasti kos tambahan. Redza berberapa kali mengulangi – the trip is going to be just a movie, dan aku akan mengalami culture shock kat Kota Kinabalu nanti.



Pada jam 6.30 pagi kami berlepas dari KLIA dan tiba di KKIA Terminal 2 pada jam 10.00 pagi. Kami dijemput oleh Leen, bini si Redza yang sudah berada di KK lebih awal. Setelah berehat dirumah mentua Redza dan mengalami cirit-birit ( mungkin kerana nasi goreng yang pedas tu!! Haha!) kami merayap ke sekitar KK untuk mencari hotel untuk disewa. Pada masa ini aku sangat bengang dengan pihak penganjur yang tidak menempah bilik hotel kepada kami. Perspektif buruk mula meracuni fikiran aku tentang scene di Sabah ini. Sehinggalah kami dicadangkan oleh pihak penganjur untuk tinggal di Bilton Inn, Kampung Air. Kami tunggu penganjur di situ. Firdaus dan Fauzi datang dan menguruskan bilik kami. Nampaknya mungkin mereka benar-benar sibuk dan mereka turut datang dari jauh untuk menguruskan gig tersebut. Redza memaklumkan, Kampung Air adalah kawasan gelap KK seakan-akan Chow Kitt Road yang gah dengan kegiatan malamnya.

4.00 petang, kami semua keluar untuk makan di restoran berhampiran, manakala salah seorang dari penganjur Bink datang untuk mengambil t-shirt gig yang ditempahnya. Masih tepat maklumat yang diberikan oleh Redza, semua makanan yang di tempah di sini akan disajikan bersama-sama sup. Pasti ada sup! Leen datang mengambil kami di restoran dan kami ke Tanjung Aru untuk riadah dan seperti seperti biasa mengkaji sosial masyarakat setempat.

8.30 malam, Firdaus dan Fauzi aka Boy datang mengajak kami makan malam di Philipino Market. Pasar ini diberikan jolokan seperti ini kerana semua gerai makanan disini di monopoli oleh pendatang Filipina. Namun makanan yang dijual amat hebat. Ia adalah surga makanan laut. Kami makan macam orang Somalia yang membuatkan Firdaus dan Fauzi terkejut besar. Tapi itulah hakikatnya, kami memang gila dan kami akan memalukan anda dikhalayak ramai. Hahaha!



10.00 malam, kami berjalan ke Moe’s studio untuk rehearse buat kali terakhir. Kami tempah studio B yang barai. Berlatih sekadar suka-suka kerana apa yang dimainkan pun bunyi yang keluar amat busuk sekali, kami dapat lihat keadaan yang berbeza sekali berkali di Kota Kinabalu ini. Semua kumpulan yang akan bermain esok hari hadir di studio yang sama untuk berlatih dan hang out. Yep! Salah satu kegiatan sosial yang digemari disini. Bukan dalam kelompok metalheads sahaja malah semua golongan. Rata-rata kita dapat lihat golongan remaja atau dewasa akan hang-out di kawasan-kawasan awam, berborak-borak sambil minum arak. Jadi dapat kami bayangkan betapa unity metalheads disini, dan black metal adalah muzik yang mendominasi bumi dibawah bayu ini. Buat apa kamu hendak buat, arak, tatoo, seks, athiesim, tiada yang ektrim dalam muzik disini. Kebudayaannya sendiri jauh lebih ektrim dari metal sejak ratusan tahun lalu.


1.00 pagi, Bink pula datang menjemput kami untuk memperkenalkan kehidupan malam disekitar KK. Ini yang kami tunggukan. Kami minum bersama disebuah pub, banyak yang kami bualkan bersama Bink. Dari legenda headhunter yang didakwa Bink masih wujud tetapi dirahsiakan oleh kerajaan kerana ia merupakan sebahagian dari tradisi. Menarik juga apabila mendengar tentang cerita tribal court disini, yang menurut Bink lagi di bahagian pedalaman pesalah-pesalah jenayah tidak dihakimi oleh Mahkamah sivil sebaliknya diadili oleh ketua-ketua puak. Aku percaya kenyataan Bink kerana beliau sendiri bekerja dengan agensi tourism. Kami juga bercerita tentang perkembangan muzik disini dan seperti biasa tentang gadis-gadis sabah yang yummy. Seterusnya, melihat sendiri perkembangan sihat aktiviti pelacuran di sekitar Kampung Air....


13 Jun 2009, 10.00 kami bangun dari tidur dan ke restoran mamak berhampiran. Satu perkara yang aku lihat menarik di sini tentang restoran mamak dan masakan melayu. Mereka akan gunakan nama yang direct meaning;- contohnya Restoran Islamik, Restoran Sri Muslim, Restoran Bismillah, dan sebagainya. Kami makan roti canai dan makanan laut lagi. Hahaha! Perkara yang tidak pernah kami buat di semenanjung. Tepat jam 12 tengahari kami bertolak ke Razzmataz untuk soundcheck.



Sepertimana semenanjung, gig bermula kira-kira pukul 4.00 petang iatu lewat 2 jam dari yang telah ditetapkan. Dirasmikan oleh Morduric Suicide, yang merupakan remaja yang masih bersekolah dan mungkin ini adalah persembahan sulung dari mereka. Jelas terpampang kegembiraan diraut wajah mereka apabila tamat persembahan, mereka terus menerkam kamera rakan-rakan mereka untuk melihat aksi-aksi mereka dirakamkan.

Kumpulan-kumpulan seterusnya terus beraksi walaupun keadaan agak hambar, menurut penganjur kehadiran hanya mencecah hampir 200 orang. Aku tidak dapat mengulas lanjut tentang kumpulan-kumpulan gig ini kerana mereka semua agak asing bagi aku, kerana tidak pernah mendengar demo dari mereka kecuali Mortuary Ancestor bahkan logo mereka tidak memberikan sebarang idea kepada aku. Nightmare berjaya menarik perhatian aku apabila tampil dengan corpse paint dan spikes. Walaupun aku tidak penah memiliki sebarang produk dari mereka, jelas kedengaran muzik black metal yang berpaksikan Norwegian yang dimainkan. Susunan muzik yang mendatar dan penetapan bunyi gitar yang keras dan nyaring adalah nilai estetika bagi kumpulan seperti ini. Gitaris mereka sempat bergambar dengan peminat-peminatnya di atas stage dan menyatakan hasratnya untuk bermain di semenanjung Malaysia satu hari nanti. Kumpulan pertama yang menghiburkan aku adalah Hatred Creation. Persembahan mereka boleh dikatakan bersahaja dan tigh. Aku dan Redza bergembira moshing bersama-sama pengikut mereka.



Jam menunjukan 5.30 petang, giliran Hereafter untuk membuat persembahan. Perkara yang menarik tentang Hereafter mereka adalah, 2 orang ahlinya terdiri dari ahli kumpulan Devastator. Jika Devastator dikenali membawakan irama Black/Thrash metal. Hereafter lebih terdorong kepada Thrash/Heavy metal. Jadi satu cubaan penganjur yang berani membawa mereka ke mari kerana rata-rata peminat metal di Sabah adalah penagih irama Black Metal. Dan perkara yang lebih menarik tentang ini, Hereafter tidak memerlukan elements of shock, sebaliknya hanya perlu melemparkan irama keras, bingit dan enjoy! Apa yang dapat aku lihat walaupun kedatangan peminat boleh dikatakan agak kecil tetapi persembahan Hereafter tetap chaotic. Peminat-peminat menceroboh ke atas stage, headbang, air-guitaring, dan segala microphones dan gaggets di hentamnya. Termasuklah ketika aku sendiri menyanyikan lagu cover Sodom “City Of God”, dalam keadaan yang huru-hara, Redza sendiri kehilangan microphone-nya, manakala aku lihat Haidir sedang membetulkan kabel bass pada gagget-nya. Aku pula semakin terhad ruangan kerana stage semakin havoc dengan headbangers. Hereafter seterusnya menyampaikan 3 lagu lagi dalam suasana yang enjoy dan diselang seli dengan interaksi bersama penonton yang mana sering dikaitkan dengan perkataan-perkataan lucah yang baru dipelajari oleh Redza memandangkan kini Sabah adalah hometown kedua baginya.



Selain menjual menchandises Au Revoir, Black Fire, Hereafter aku sempat berbual-bual dengan rakan-rakan pena yang satu ketika dulu adalah penyokong tegar zine Kemenyan yang aku tulis. Boleh dikatakan tiada peminat metal di Sabah yang tidak mengenai Kemenyan Fanzine, perasaan ini benar-benar nostalgik kerana mengingatkan aku suatu ketika dahulu dari Sabah lah paling banyak aku mendapat rakan pena melalui pesanan zine. Antara mereka yang sempat aku berjumpa Rosmadi, Adiek ( terpaksa melarikan diri pada malam pertama jumpa beliau kat atas jalan kerana sakit perut!! Cari toilet! Hahaha!), Wan, line-up Kilatus, penyanyi Hayagriva, dan banyak lagi individu yang aku terlupa namanya. Minta ampun.


6.30 petang, giliran Drunk untuk memulakan acaranya. Drunk adalah kumpula yang dianggotai oleh cebisan kumpulan War 666, Barbalans, Bestial Horde dan Hatred Creation. Motif kumpulan ini adalah suka-suka, tiada material, mabuk dan dibubarkan selepas gig ini. Memang merapu habis. Walaubagaimana pun, aku dan Redza tetap headbang memandangkan mereka membawakan lagu-lagu klassik metal yang benar-benar dalam keadaan mabuk. Antara lagu yang dibawakan adalah Countess Bathory, Phobia, dan lain-lain. Memang suasana kacau bilau. Peminat benar-benar dilihat menyokong persembahan mereka. Aku kehilangan sunglass Espirit kesayangan aku dalam mosh pit, manakala Ed ( guitaris Drunk/War 666) turut memberitahu beliau kehilangan dompet dengan segala kad dan duitnya.

7.30 malam, akibat terlalu letih dan bengang dengan sunglass yang hilang, aku mengajak Hereafter balik ke hotel. Jadi kami tidak dapat menyaksikan Mortuary Ancestor yang sedang beraksi. Sekilas dengar, aku dapat rasakan Mortuary Ancestor semestinya padat dengan hentaman Death metal-nya kerana mereka juga merupakan salah satu nama besar dalam pergerakan muzik bawah tanah di Sabah selain Mantak.

Kami singgah ke Philipino Market atau Pasar Philipine lagi, kali ini kami benar-benar makan besar. Aku, Redza dan Leen masih meneruskan ‘no carbo’ diet manakala Tarabaz dan Haidir makan dengan nasi putih. Berpuluh-puluh sotong dan udang, separuh ikan pari besar, 3 ekor ketam dan ikan Jenahak menjadi korban nafsu serakah kami. Melalui pemerhatian aku, jelas aku lihat permasalahan imigrasi di Sabah ada persamaannya seperti di Perlis. Cuma di Sabah, mereka tersepit diantara 2 negara; Indonesia dan Filipina. Manakala Perlis, Thailand. Jadi perniagaan makanan yang murah dan lazat didominasi oleh golongan pendatang ini. Begitu juga setengah tempat yang mengingatkan aku kepada daerah Siam disini. Serta gadis-gadis Sabah semuanya berkulit putih licin, tidak berjerawat, persis gadis Pattani disini. Dan tidak lupa seperti yang dikatakan Redza, semuanya memakai push-up bra. Jadi pemandangan bulat-bulatan boleh dilihat dimana-mana sahaja. Wahahaha! Seperti Manowar, itu merupakan inspirasi kepada kami setiap hari….

Kami kembali ke hotel, berehat, mandi, mengendap tumpangan sebelah dan keluar semua membuat kajian tentang penghuni Kampung Air pada jam 12.00 tengah malam. Rata-rata remaja dan warga emas kelihatan masih hang-out di tempat riadah, mabuk dan berborak-borak. Kami sebenarnya hendak mencari cyber café untuk bertarung Warcraft tetapi berakhir bila bertemu gadis massage bernama Yatie. Tarabaz yang mengunakan bilik penginapan kami bersama Yatie, membuatkan kami menjadi kutu jalanan sehingga jam 2.30 pagi. Tidak tahan dengan letih dan mengantuk maka terpaksa kami menganggu servis yang sedang berlangsung dibilik hotel…

Tidur dengan aman… tiba-tiba mendapat dari mesej dari Yatie..mengatakan Redza, = tubal. Hahaha!
Kembali tidur….



14 June 2009, 11.00 pagi semua telah bangun dan mandi. Barang-barang telah dikemaskan, manakala Fauzi dan Firdaus dari Drunk / Bestial Horde telah sedia untuk melayan karenah gila kami. Kami ke restoran Islamik untuk sarapan pagi roti canai dan seafood buat kali terakhir. Akhirnya setelah berbincang tentang destinasi kami seterusnya untuk melancong, kami sepakat memilih Perkampungan Monsopiad. Menurut lagenda perkampungan ini dihuni oleh Monsopiad 300 tahun lalu. Monsopiad ialah seorang pahlawan dan pemburu kepala berbangsa Kadazan, dan sepanjang hayatnya sebanyak 42 kepala telah dipenggal dan menjadi perhiasan di alang rumahnya. Dan suatu ketika dahulu perkampungan ini ditadbir oleh pendita wanita yang digelar Bobohizan. Bobohizan bertindak menjaga keharmonian diantara manusia, alam dan dunia roh dengan upacara-upacara tertentu.



Sepanjang perjalanan ke Monsopiad aku lihat berpuluh puluh gereja di kiri dan kanan jalan, manakala sepanjang kedatangan kami ke KK hanya 3 buah masjid yang dapat aku kesan. Masjid di KK adalah seperti motosikal dan gereja pula adalah kereta disini. Begitulah realiti menakutkan yang dapat aku kaitkan, memang benar sekali jarang-jarang kita dapat lihat penunggang motorsikal di Sabah ini. Seperkara lagi yang ganjil kita dapat lihat disini adalah papan-papan tanda yang berunsur kemakmuran dan muhibah yang mempunyai logo negeri dan wajah ketua menterinya ditaja oleh syarikat seperti Carlberg. Mustahil perkara ini boleh dilihat disini….

Kedatangan kami disambut dengan tapai ( atau tuak bagi orang semenanjung, jika di Perlis minuman ini boleh didapati di Panggas, haha!) . Seperti biasa, Tarabaz menjadi penguji kualiti alkohol yang terkandung dalam tapai. Segala yang dipamerkan kami cuba, dari sumpit, alatan muzik, rokok daun, kami turut membuat huru-hara di dewan tarian. Lebih mengharukan, Fauzi dan Firdaus turut kelihatan asing dengan kebudayaan sendiri yang membuatkan kami geli hati.

4.00 petang kami tinggalkan kampong Monsopiad ke Jesselton Port untuk menjemput Leen yang balik dari Snokling. Fauzi dan Firdaus menunggu kami di Muzium Negeri. Nampaknya kami tidak bersempatan untuk melawat muzium pada hari ini. Pada jam 5.20 petang, kami seterusnya ke Tanjung Aru untuk menjamah makan. Sekali lagi makanan laut menjadi pilihan. Tetapi kali ini, aku dan Redza makan nasi. Setelah puas menjamu selera makan dan selera mata. Kami bergegas ke airport…


6.30 petang, kami semua membersihkan diri ditandas dan mengecas telefon masing-masing. Dalam masa yang sama Fauzi dan Firdaus masih setia menemani kami. Sempat kami berbual-bual mengenai perkembangan muzik di Sabah menurut pandangan mata mereka dan kekaguman kami dengan kecantikan gadis Sabah. Menurut mereka pula, sebagaimana kami ghairah melihat gadis Sabah, begitu jugalah perasaan mereka bila melihat gadis melayu di semenanjung. Kami semua gelak besar bila berkongsi kenyataan ini.

8.10 malam, kami berlepas dari Kota Kinabalu ke KLIA, sempat aku hubungi Mat Kodeng untuk mengambil aku ke Puduraya dari KL Sentral. Sedih pula bila memikirkan Mat Kodeng sering tidak tersenarai dalam segala agenda kami tetapi beliau sering bertindak savior kepada aku.

10.20 malam, kami tiba di KLIA disebabkan kali ini kami berlima, dan bini Tarabaz tidak tahu jalan ke KLIA. Kami mengambil bas ke KL Sentral. Sampai saja, aku dapati Mat Kodeng telah siap di lobi. Terharu juga aku dengan budi Mat Kodeng. Mahu sahaja aku lepak sehari lagi di rumah Mat Kodeng jika aku masih bercuti esok hari. Jam 12.00 tengah malam, aku dan Mat Kodeng sampai di Puduraya. Nasib menyebelahi aku kerana masih terdapat tiket untuk aku balik ke Kangar. Jadi malam itu, dengan keadaan yang begitu letih, tidak mandi sehari, dahaga, aku teruskan perjalanan ke Kangar. Antara sedar dan tidur pada jam 8.00 pagi aku tiba di Kangar setelah semalaman merentasi Laut China Selatan dan membelah Semenanjung Malaysia bersama kenangan yang indah.

untuk menonton video sickening art gig klik link dibawah:

Hereafter
Majestic East
Nightmare
Drunk
Monsopiad Village

No comments:

Post a Comment