Friday, June 19, 2009

JAZZ FESTIVAL WEEK


Jazz Festival Week
Santai Café ( 18 Julai 2009@9.00 malam)

Apabila Siti Aida menghantar sms mempelawa aku temani nya ke Santai Café di Putra Palace malam ini aku sangat gembira kerana memang kegemaran aku makan. Dan yang kedua aku memang kemaruk untuk melihat persembahan jazz di depan mata. Disebabkan persembahan bermula pada jam 9.00 aku terpaksa ‘tuang’ kerja awal dan dalam keadaan yang genting disebabkan krew TV3 dalam perjalanan ke pejabat aku untuk memberi sumbangan. Dan melalui En. Bob yang menelefon aku, mereka akan berada di pejabat aku jam 8.40 mlm. Jazz punya pasal aku tetap ‘blah’ meninggalkan officemate aku kesorangan menantikan kehadiran Aisyah Sinclair ( aku pun tak tau macamana rupanya dramatis berkenaan?)…

Sampainya di Santai Café, aku terkejut bila mendapati rata-rata yang hadir adalah kenalan aku. Dari waiters, chef, spectator, eaters, kebanyakannya adalah rakan-rakan lama dahulu. Nostagik juga pertemuan malam ini. Aku dikelilingi wanita-wanita bukan disebabkan aku famous, tetapi sebab semua wanita berkenaan adalah ex-officemates aku semasa aku berkerja di Finance Department di Kilang Gula dahulu. Dan bukannya aku hanya berkawan dengan wanita tetapi office aku hanya ada 3 orang lelaki. Jadi akulah inspirasi seksual mereka dahulu… hahaha! (gurau aja)



Antara yang hadir malam ini adalah comedian, Dee yang popular satu ketika dahulu dengan sitcom Jangan Ketawa. Aku tak habis-habis kagum dan kaget melihat Dee yang berbadan sasa dan bermekap sangat persis kepada Dee Snider, vokalis kepada band dasyat Twister Sister. Memang saling tak tumpah! Nama pun sama.

Jumlah kehadiran agak membanggakan, sebab persektif aku sebelum ini rakyat Perlis kurang menyokong arus muzik jazz dan penganjuran jazz night seperti ini pasti akan mendapat sambutan dingin. Tetapi nampaknya tidak, semua meja penuh ditempah, kelihatan mak cik-mak cik bertudung labuh, yang berusia, yang remaja, golongan koporat, golongan keparat ( aku sorang laa) memenuhi setiap ruang yang ada. Farid ( abang kepada Chan – pemilik Barittone Studio, Desa Pandan) duduk di meja sebelah aku dengan kamera canggihnya. Farid memang peminat jazz sejati, aku ingat lagi beliau turut menemani aku membeli drum Tama Imperialstar dan amp Line 6 Black Spider di Zhen Chan. Aku kagum melihat beliau mencuba piano dengan memainkan lagu “Sinaran” dari Shiela Majid. Jadi jazz night ini adalah suatu yang istimewa baginya. Semestinya.



Setelah mengambil grilled beef, satay dan bracoli aku memilih meja yang sesuai untuk melihat persembahan band malam ini iaitu MJ. Persembahan dimulakan dengan biografi lengkap yang diceritakan oleh keyboardist mereka, dari apa yang didengari samar-samar kerana aku sedang asyik menikmati hidangan, bassist mereka adalah bekas anggota kumpulan Heavy Machine, manakala penyanyi mereka merupakan seorang kakitangan Perlis Snake Farm, guitaris akustik dan drummer adalah tenaga pengajar di sebuah pusat pengajian muzik yang aku lupa dimana. Yati dan Kak Iza kelihatan sedang pulun di tempat BBQ kambing. Disebabkan hypertension yang aku hidapi maka terpaksa aku biarkan mereka membaham kambing seperti puak cannibal.
Persembahan dimulakan. Seperti yang dijangkakan persembahan mereka ‘tigh’, dan bersahaja. Kerja bunyi yang mantap dan stabil. Aku tersenyum bila melihat para penonton seolah-olah faham dengan sisi psychedelic dan enigmatic music MJ. Antara yang lagu yang menarik perhatian aku sebuah lagu yang disampaikan secara drunken, teringat aku band Drunk dari Sabah. Yang berbeza Drunk menyampaikan lagu hingga tidak ketahuan ulu pangkal lagi tetapi MJ hanya nyanyian dan off beat tempo yang begitu menghiburkan. Aku terus mengambil video dengan mengunakan handphone dan MMS kepada Redza. Tidak sempat beberapa saat, Redza terus menelefon aku dengan ketawa besar sambil menyanyikan bait-bait lagu tersebut. Aku terkejut! Menurut Redza lagu berkenaan adalah lagu kegemaran ayahnya dan kaset berkenaan sering diputarkan ayahnya ketika beliau darjah satu. Menurutnya lagi, lagu berkenaan adalah sebuah cover song dari lagu Inggeris dan diberi nafas Malayu dengan tajuk “Hello, Mr. Bartender”. Bagi aku ini adalah maklumat berguna. Seterusnya aku dihujani dengan lebih banyak sms yang mengandungi lirik-lirik esotik yang membuatkan aku ketawa besar. Sesekali aku teringat lirik “Whiskey In The Jar” dari Thin Lizzy yang sering kami jamming dahulu. Menurut Redza lagi band-band jazz waktu 80’s dahulu banyak mengetengahkan lirik politik yang radikal.

Seterusnya vokalis wanita mengambil alih. Suara yang sangat mantap dan memukau setiap penonton yang hadir. Suara yang lunak, tidak mengada-ngada seperti yang kita sering dengar jika wanita menyanyikan jazz. Ini adalah antara yang terbaik dan selamba.

Kesempatan mereka berehat ditengah persembahan, keyboardist MJ mengumumkan cd mereka boleh didapati di kuanter café. Jadi sangkaan aku MJ adalah sekadar kumpulan pub ternyata meleset, mereka adalah artis rakaman. Aku sms Redza, melalui sms yang dibalas – A MUST BUY!

Aku tahu Redza pasti nak menghadiahkan cd berkenaan kepada ayahnya. Aku cuba melantak beberapa hidangan lagi, tetapi ternyata tangki aku penuh malam ini. Rugi bila melihat masih banyak udang dan sotong bakar atas meja. Manakala MJ memulakan kembali persembahan mereka kali ini dengan bebarapa vokalis jemputan yang nampaknya kawan-kawan veteran mereka. Semuanya menghiburkan dan penuh dengan bakat.


Tepat jam 11.30 malam aku bangun dan meninggalkan santai Café walaupun persembahan masih rancak dan kehadiran penonton semakin bertambah. Aku beredar kerana perut yang makin tidak selesa dan kedatangan aku dengan isteri orang kurang manis jika pulang lewat malam. Ini bukan cerita P.Ramlee dulu-dulu. Yang ralatnya, aku terlupa untuk membeli cd MJ.

Secara keseluruhan aku berharap festival seperti ini akan diteruskan dimasa akan datang kerana walaupun muzik jazz masih merupakan satu pergerakan underground di Perlis. Seperti juga pergerakan underground metal, jazz tetap mempunyai pengikutnya sendiri. Dan kelebihan jazz, mereka lebih kelihatan berprestij berbanding metal. Hakikatnya, semuanya adalah sekadar evolusi muzik.
Untuk melihat video click: MJ

by:- Rammy

No comments:

Post a Comment