Wednesday, October 20, 2010

IRON MAIDEN "The Final Frontier" (EMI) - ENGLAND


Hampir 2 minggu cd kumpulan gergasi Rock dan Heavy Metal dunia ini tersadai di atas meja kerja Faithcraft Studio tanpa sentuh. Aku memilih untuk mengulas album ini di dalam Bahasa Melayu kerana anda boleh membaca ratusan ulasan mengenainya di dalam English. Jujur di sini aku katakan, aku bukanlah peminat tegar Iron Maiden berbanding anda semua walaupun Iron Maiden turut memainkan peranan besar dalam penulisan lagu aku. Aku tidak memiliki semua cd Iron Maiden, aku hanya mempunyai 2 t-shirt Iron Maiden dan lebih mengejutkan aku tidak membeli album mereka sebelum ini “A Matter Of Life And Death” yang dikatakan walaupun telah meninggalkan zaman buas dan gelap mereka tetapi sangat berkualiti apabila dinilai dari segi ke-progresif-an dalam penulisan lagu.

Aku terus mengulas album ini melalui pendengaran yang pertama, jadi mungkin perspeksi aku akan berubah selepas 10 kali pendengaran. Siapa tahukan? Tetapi memang aku bersetuju, Iron Maiden lebih progresif dan ber-eksperimen di dalam album ini walaupun segalanya masih mempunyai trademark mereka. Adunan oleh Kevin Shirley yang di monitor oleh Steve Harris sendiri membuatkan album ini masih kedengaran organik dan menjadi ‘vintage’.

Memang benar mereka banyak menjadikan Rock Progressif era -70 an sebagai teras kepada album ini yang mana kedengaran jelas melalui riffs – riffs mainan Murray, Smith dan Gers. Dan memang benar jika ada kebanyakan anda berpendapat 5 lagu pertama album ini agak mengarut dan membosankan.

Terima kasih kerana Harris dan rakan-rakan tidak melalut lagi untuk 5 lagu yang seterusnya, walaupun seolah-olah mereka telah kehilangan sentuhan solo-solo bermelodi dan bait-bait korus-korus yang mudah diingati dan menyengat seperti dahulu. Gaya nyanyian Bruce pun sudah tidak melekat diminda aku kali ini. Walaubagaimanapun, cd ini tetap menghiburkan kepada semua peminat mereka.

Jika anda bertanya adakah aku akan memutarkan lagi cd ini. Ya, selepas mendengar 3 lagu terakhirnya iaitu “The Talisman”, “The Man Who Would Be King” dan “When The Wild Wind Blows” yang begitu rumit, berskala tinggi dan penuh semangat. Inilah Iron Maiden yang kita kenali.

No comments:

Post a Comment