Monday, February 14, 2011

GOTIKA JIWA LARA “Promo 2008” - MALAYSIA


Saya memperolehi cd ini dari perintis Gotika Jiwa Lara di sebuah gig sekitar tahun 2008. Walaupun setelah sekian lama menyimpannya, disebabkan perasaan nasionalism terhadap pemuzik dari negeri kelahiran saya. Saya tetap mahu mengulas cd ini.

Sebenarnya semasa gig Napalm Death kali ke-2 di bertempat Life Center Kuala Lumpur perintis Gotika Jiwa Lara menyatakan hasratnya untuk merekodkan beberapa buah lagu di studio rumah milik saya yang pada ketika itu tinggal di Setapak Jaya, KL. Beliau menyatakan dapat inspirasi dari Au Revoir dan berpendapat saya pastinya akan faham dengan kehendak beliau dan boleh membantu beliau kerana projek ini hanya melibatkan dia seorang diri. Saya tidak kisah untuk membantu kerana pada ketika itu saya baru bertatih mengenai kerja rakaman, jadi saya mahu mencuba segalanya tentang ekperimentasi rakaman. Namun, Gotika Jiwa Lara terus menyepi tanpa berita sehingga saya mendapat cd ini.

Perintis Gotika Jiwa Lara adalah seorang peminat retro rock yang sangat kental. Beliau sentiasa kelihatan memakai akssesori glam rock di mana sahaja. Beliau penah menyertai beberapa kumpulan power metal, malah pernah menyertai siri realiti tv bercorak muzik berkumpulan iaitu Rentak Juara. Jadi boleh dikatakan ini antara penyebab saya sangat runsing untuk berkerjasama dengan beliau, kerana glam rock atau retro rock bukan sesuatu yang saya minati. Walaupun saya meminati rock, pekara yang berkaitan dengan fesyen adalah perkara ke-2 bagi saya. Muzik yang bersifat gelap sentiasa menjadi keutamaan bagi saya.

Saya terkejut apa bila memasang cd ini di komputer studio Faithcraft yang pada masa itu dikenali sebagai 1Step2Misery Studio. Ternyata Gotika Jiwa Lara lari dari perspeksi dan tanggapan saya sebelum itu, Gotika Jiwa Lara mempunyai identiti yang moden, pengaruh gothic yang sangat kuat, berseni dan bergaya. Saya perlu akui TO/DIE/FOR (kumpulan Rock/Heavy Metal dari Finland) adalah pengaruh terbesar di dalam Gotika Jiwa Lara dan boleh dikesan dengan gaya penyampaian nyanyian dan diberi kesan (FX)–chorus yang sangat ekstrim. Walaupun begitu, ia kedengaran ‘bijak’ dan segar.

Kualiti rakaman cd ini adalah sangat amatur dan mentah. Disebalik itu, ia tetap memberi kesan dan mampu mengambarkan idea sebenar Gotika Jiwa Lara jika beliau mempunyai anggota tetap dan produksi studio yang baik. Kedua-dua lagu ini direkodkan di studio rumah milik rakan beliau dan semua alatan muzik dimainkan oleh beliau sendiri.


Anda mesti tertanya-tanya siapakah beliau? Perintis Gotika Jiwa Lara adalah Ghani Arafat, yang kini lebih dikenali dalam dunia permotoran kerana beliau adalah editor majalah Kapcai. Jika di dalam Kapcai kebolehan beliau mengulas isu-isu permotoran disulam dengan humor adalah luar biasa. Manakala Gotika Jiwa Lara menujukkan sisi serius beliau yang begitu kreatif dan sensitif dengan lagu yang bertajuk “Berbaring Di Pelangi” dan “Sepucok Tuhan Untok Tuhan”. Saya tidak berbohong jika mengatakan saya menyukai lirik-lirik nukilan beliau.

Beberapa tahun selepas saya kembali ke Perlis, beliau sekali lagi memberi promo cd yang mengandungi sebuah lagu baru iaitu “Mati Di Usia Dua Lima”. Lagu tersebut masih mengekalkan identiti dan imej yang sama seperti promo 2008 ini dan mempunyai petikan-petikan solo tema yang menarik. Lagu – lagu yang mempunyai solo tema adalah formula yang turut diketengahkan oleh saya untuk Au Revoir.

Saya tidak tahu apa perkembangan Gotika Jiwa Lara dan perkembangan muzikal Ghani Arafat kini. Apa yang saya tahu beliau lebih mengutamakan dunia penulisan serta permotoran buat masa ini.

Cuba anda hubungi facebook beliau untuk bertanya khabar?

No comments:

Post a Comment