Thursday, July 21, 2011

LOUDNESS IN MALAYSIA

Graffiti di Wangsa Maju

Kedatangan Loudness ke Kuala Lumpur merupakan suatu kejutan yang amat besar berdasarkan faktor kemunculan semula kegilaan muzik glam rock dan old skool heavy metal di seluruh Malaysia. Baik golongan dewasa atau remaja begitu teruja untuk menyaksikan persembahan maharaja heavy metal dari negara matahari terbit ini. Banyak rakan-rakan bertanya kepada aku:

Tak pergi tengok Loudness ke nanti?
Kalau kat Malaysia ni, Search kira Loudness laaa.. tak minat ke?

Tidak. Dari dulu lagi aku memang tidak pernah mendengar sebarang lagu dari Loudness dan tidak pernah meminati Search atau mengetahui ada pengaruh Loudness dalam muzik Search. Aku tahu logo Loudness. Aku penah dengar rakan-rakan bercerita dan terbaca tentang kehebatan Akira. Namun, tidak pernah sesekali cuba untuk mendengar Loudness. Pertama sebab aku ego. Aku tidak mahu korupsi berlaku di dalam minda aku bila aku mendengar Loudness. Aku sentiasa menghadkan pendengaran aku kepada muzik ektrim metal waktu itu. Dan aku tidak mahu sedikit pun muzik seperti Loudness mempengaruhi aku. Lebih-lebih lagi bila mendengar semua orang Melayu suka Loudness dan Search adalah Loudness buatan Malaysia. Pendengar dan pemuzik seperti aku tidak akan mudah untuk tunduk dengan citarasa ramai dan mengiakan apa yang orang lain inginkan.

Pada awal tahun 2011 ini ada sebuah kumpulan muzik yang giat datang setiap hujung minggu datang ke Faithcraft Studio untuk berlatih bagi membuat persembahan family day anjuran Kilang tempat mereka berkerja. Ada sebuah lagu yang mereka pasti akan mainkan berkali-kali. Disebabkan setiap kali datang mereka pasti mainkan lagu tersebut, maka aku bertanyalah aku untuk mendapatkan kepastian. “Heavy Chains” dari Loudness tak pernah dengarkah? Kata mereka. Tak pernah. Semua mereka bingung, aku gelak sahaja. Tentu mereka kata aku tipu. Jadi itulah kali pertama aku mendengar Loudness. Pada tahun 2011. 

Aku tiada masalah dengan Loudness dan mereka yang mendengar Loudness. Sekadar menyatakan kepada mereka-mereka diluar sana agar jangan takut menyatakan pendapat anda. Anda tidak perlu mengikut segalanya hanya disebabkan anda takut kepada rakan-rakan dan sekeliling anda yang jatuh ke dalam trend dan fesyen terkini. Setiap manusia adalah unik dan mempunyai citarasa berbeza walapun masih di dalam kelompok yang sama.

No comments:

Post a Comment