Begitu lama rasanya kita tidak mendengar sesuatu yang bingit dari Pahang? Demo-cdr ini diterbitkan oleh mereka pada tahun 2010 telah berjaya menarik perhatian penganjur gig, Bestial Butcher Productions yang menjemput mereka untuk beraksi di gig Kuala Lumpur Thrashed 2011 pada 29hb Januari lalu bersama-sama TANDUS, IRONFIST, INFERNAL CURSE, HEREAFTER dan banyak lagi.
Hiding Fear dianggotai 3 orang anak muda iaitu Abechimaera (vokal), Amad (Gitar) dan Nafie (Dram) yang mengasak muzik death/thrash metal. Demo yang mempunyai 6 tracks termasuk intro dan outro serta sebuah lagu cover dari KREATOR ini adalah produk rakaman Oxygen Studio, Bentong. Melalui pandangan peribadi saya, Hiding Fear masih gemuruh ketika merakamkan material sulung mereka ini. Tidak perlu salahkan mereka sahaja, begitu juga kebanyakan kumpulan lain lagi yang walaupun telah merakamkan beberapa demo mahupun album. Gemuruh atau tidak, berani atau tidak, ini harus dilalui bila sudah sampai ‘seru’ untuk mempunyai material sendiri. Jadi hasilnya kurang memuaskan. Tidak mengapa, inilah yang dikatakan proses belajar dan memperbaiki kesilapan demi kesilapan untuk terus maju. Ok, sudah kata-kata motivasi….
Sebenarnya Hiding Fear telah berjaya menulis komposisi-komposisi yang baik dan ‘bisa bikin goyang’, namun disebabkan kurang pengalaman atau mungkin terkejar-kejar dengan masa, demo ini berada ditahap memuaskan sahaja. Kualiti rakaman dari Oxygen Studio adalah baik, dapat didengar tona-tona ketukan dram, keseimbangan semua instrumen serta vokal, dan juga bersih. Tetapi saya pasti rakaman gitar hanya mengunakan single layer, tiada sedikit pun delay ( menjadikan ia agak keras dan tidak bernyawa ) dan tiada bass membantu untuk menguatkan bahagian rhythmic. Tekanan rakaman pertama sering mengundang akibat lagu-lagu yang dimainkan hilang dinamik nya. Apa yang saya maksudkan konsistensi tempo yang tidak sekata. Ini yang paling saya takut sebenarnya apabila merekodkan lagu, saya sendiri akan hilang dinamik permainan bila ‘mood praktis’ lebih hebat dari mood ketika rakaman.
Bagaimanapun, saya harus puji elemen aggresif mereka yang tidak hilang terutamanya pada vokal. Jika anda menyukai zaman-zaman awal DISMEMBER, KREATOR, CORONER, sila dapatkan demo ini. Tema psiko turut menjadikan mereka berbeza dengan band Thrash metal lain di Malaysia. Hiding Fear memerlukan sokongan anda untuk pergi lebih jauh lagi.
Hubungi: Abi Sufian Moh Azim, Pejabat Felda Chegar Perah 01, 27200 Kuala Lipis, Pahang
Email: fearofmetal@yahoo.com
No comments:
Post a Comment