Thursday, August 30, 2012

HIDING FEAR “Taste My Blade” – Empayar Distro Prod (MALAYSIA)


 
Sesuatu yang menarik tentang metal scene Pahang, ia diterajui oleh kumpulan-kumpulan yang ‘gelap’ dan low profile. Mereka diam-diam terbit produk baru dan bersikap ‘padan patut’ dalam bermain gig. Boleh dikatakan scene mereka unik kerana mereka mempunyai variasi muzik yang jauh antara satu sama lain. BAZZAH misalnya kekal ditahta black metal paling konservatif dan tidak pernah tergugat di Malaysia.

Terdapat sebuah kisah baru tentang perjuangan 3 orang pemuda yang menyimpang dari perjuangan BR1M atau 1Malaysia dari Kuala Lipis. Perjuangan muzik bawah tanah yang tidak kurang hebatnya seperti susur galur abang-abang metal mereka sebelum itu.

HIDING FEAR yang ditubuhkan pada tahun 2009 telah menerbitkan demo “Dark Pleasure Of Imagination” sebelum ini. Abechimaera sering menegaskan kepada saya bagaimana wujudnya persamaan dan perkongsian tema Hiding Fear dan kumpulan Rock yang diterajui oleh saya AU REVOIR iaitu mengenai masalah psychology dan kisah-kisah pembunuhan. Saya mungkin juga setuju, tetapi mungkin juga tidak. Ini kerana saya dipengaruhi oleh kisah-kisah benar dari novel-novel, artikel akhbar, biografi pembunuh-pembunuh. Manakala minda Abechimaera menerima pengaruh fantasi dan adaptasi dari anime yang merupakan obsessinya.

Hiding Fear adalah animaniac deathrashers!

Ini adalah dari segi tema mereka sahaja, secara muzikalnya tiada langsung pengaruh J-Rock atau Heavy Metal Jepun dalam lagu mereka. Namun begitu, mereka bukan sepenuhnya dipengaruhi oleh anime, terdapat juga lagu-lagu mereka yang berkisar mengenai permasalah sosial tempatan seperti “Krush & Kill” (jika anda lihat video klip mereka, mungkin anda faham) dan “Politic Foul”.

Abechimaera turut memberi tahu MASTER (kini menetap di Czech) adalah antara pengaruh kuat muzik mereka. Kekaguman terhadap vokal Paul Speckmann yang hebat itu telah mengasah vokal Abe menjadi hebat juga! Ianya sangat bertenaga!

Cd ini direkodkan di Oxygen Studio dan diterbitkan oleh sebuah label paling aktif di Pahang, Empayar Distro Production milik Azahar, editor Ranjau Metal zine. Terdapat 8 trek yang mana 3 trek adalah trilogy Blindfold yang diolah dari sampling dari anime, filem dipadukan dengan olahan mereka suara sendiri yang kedengaran sangat menyeramkan dan pelik. Sebuah rehearsal trek “Insaneeyah” yang pada saya agak rugi kerana tidak direkodkan pada level standard seperti lagu-lagu yang lain. Lagu “Something Smells Fishy”, “Moonlight Lunacy” dan “Politic Foul” adalah yang terbaru dari mereka.

Hiding Fear gila - foto arkib Abechimaera
Mendengar cd ini mengingatkan saya dengan kaedah rakaman lagu kumpulan-kumpulan terdahulu, malah kumpulan saya sendiri suatu ketika dahulu. Bukan maksud saya, cd ini sebuah produk yang tidak bagus. Bila mendengar bunyi gitar mereka yang berbunyi fuzzy dan robotic itu saya pasti mereka mengunakan direct line in untuk rakaman track gitar dan bass. Mengunakan pedal Boss Metal Zone terus ke speaker PC atau mengunakan amp berkuasa rendah. Betulkan saya jika tersilap?

Jangan salah sangka, saya tidak memperlekehkan teknik rakaman sebegini. Malah saya juga turut mengunakan teknik ini untuk rakaman cd AU REVOIR “Engine Of My Heart” yang terbit tahun lalu. Ia mudah untuk dikendali, di edit dan tidak rencah.

Tetapi, ia jelas tidak ‘warm’ dan menghilangkan sentuhan ‘deep’ setiap riffing dan strokes yang berbisa. Jelas disini, teknik miking adalah yang terbaik. Saya mencadangkan agar mereka mencuba teknik ini untuk rakaman akan datang. Kerja-kerja aduanan adalah bagus dan boleh dipuji.

Muzik Hiding Fear tidak membosankan dan sentiasa ada struktur yang menarik untuk anda hentakan kepala ke dinding. Mereka tidak membataskan muzik mereka kepada satu-satu sub genre iaitu death metal atau thrash metal sahaja. Tidak hanya bergantung pada kenaikan harga getah skerap aja, mereka ambil pusing fasal kenaikan harga sawit juga! Itulah maksud saya. Hahaha!

Sokong Hiding Fear kerana mereka berbakat dan mempunyai jati diri yang kuat untuk terus berjuang di dalam pergerakan muzik bawah tanah di Malaysia.

Dapatkan cd ini dengan harga RM10 ke alamat:

Azahar Asmunik, No. 117 Felda Sg. Koyan 1, 27650 Raub, Pahang, MALAYSIA

Tel: 012-3673303

No comments:

Post a Comment