Thursday, November 29, 2012

PENGKEBUMIAN GELAP DARK FUNERAL DI MALAYSIA


Aku mula mengenali Dark Funeral dari sebuah zine underground, Thy Unholy Abyss (issue 3, tahun 1996) yang pada ketika sedang mempromosikan album sulung mereka berjudul “The Secrets of The Black Arts”. Dark Funeral pada asasnya adalah sebuah kumpulan yang memperjuangkan irama black metal acuan Sweden yang mempunyai asas melodi, grinding drums, terdapat pecahan laju dan sederhana, riffings gitar yang tajam dan bijak (rujuk karya-karya lama LORD BELIAL, SETHERIAL, MARDUK, ABRUPTUM dan banyak lagi), imej dan hala tuju mereka sejak dari dahulu lagi adalah pemujaan syaitan. Satanism. 

Fakta menarik mengenai DARK FUNERAL yang adik-adik mungkin belum ketahui, asalnya D.F hanya dianggotai oleh dua orang; Lord Ahriman (gitar) dan Lord Blackmoon (gitar) dan menamakan diri mereka sebagai AHRIMAN. Mereka antara kumpulan-kumpulan yang penah merekodkan karya-karya dibawah studio lagenda muzik gelap, UNISOUND STUDIO. Mereka berdua asalnya adalah aktivis underground yang mengendalikan HELLSPAWN RECORDS yang menerbitkan cd mereka sendiri dan mempunyai jaringan pengedaran bahan-bahan underground yang meluas, mereka juga aktif berhubung dalam media underground metal. Oleh itu tidak harian, Malaysia antara penyokong-penyokong terawal DARK FUNERAL. Lord Ahriman pernah menganggotai pergerakan yang bernama Order of the Black Hordes, seorang yang sangat membenci Kristian dan sangat membenci Islam. Dark Funeral telah mengeluarkan lima album dan penah mengeluarkan sebuah mini-album berjudul “Teach Children To Worship Satan” yang menampilkan 4 lagu saduran dari Mayhem, Sodom, Slayer dan King Diamond yang merupakan pengaruh besar muzikal Ahriman dan sebuah lagu mereka sendiri berjudul “An Apprentice of Satan” yang ditujukan kepada anak lelaki beliau. Album terbaru mereka berjudul "Angelus Exuro pro Eternus" terbit pada 2009. Aku tak dengar pun lagi? :) Bagusnya, mereka ini tidak kisah untuk bermain di pentas besar dalam muzik festival  atau gig di kelab-kelab yang kecil. Janji muzik mereka dapat berkembang.


Pandangan peribadi, aku pendengar biasa-biasa aja bila bercakap tentang Dark Funeral. Penah mempunyai beberapa album mereka, namun aku tidak buka mata dan hati aku pada muzik mereka. Apabila drummer DEFLESHED Matte Modin menjadi anggota mereka dan Dark Funeral mula menyadurkan sedikit elemen death metal (jangan cuba kamu nafikan!), muzik mereka menjadi lebih menarik, peminat-peminat mereka makin bertambah, kelajuan karya-karya mereka meningkat, manakala bahagian bermelodi juga semakin mantap. Dan terkini pemain dram dari Norway, Dominator telah menjadi antara aset penting mereka. Tetapi aku kekal begitu. Hanya sekadar muzik metal. Tiada istimewanya. Tiada sebarang tarikan syaitan dapat menundukkan aku kepada muzik mereka. 

Sewaktu aku aktif mengedit zine, penah aku menulis surat untuk temubual. Tiada balasan. Dan beberapa minggu sebelum Dark Funeral bermain di Singapura pada tahun 2002, aku pun sengaja email Ahriman bertanya khabar. Kalut dia balas. Siap beritahu nak lepak sekali dan dia tidak penah terima temubual aku dulu. Hehehe! Aku senyum sendirian. Bila hendak jejak kaki sini. Mulalah jinak! 

Dalam minggu ini kita dihebahkan dengan pembatalan siri tour Dark Funeral di Malaysia. Ia sebuah berita yang mengejutkan bagi ramai metalheads di Malaysia. Banyak yang kecewa, tidak kurang juga yang melenting bila mendapat tahu berita ini kerana ada yang terpaksa bercuti, mengumpul wang, berjalan jauh dan sebagainya demi untuk melihat Ahriman dan geng nya. 

Lebih mengharukan, pihak penganjur mendiamkan diri dan ambil sikap lepas tangan setelah membatalkan siri tour tersebut yang melibatkan ramai pihak. 

Aku mati rasa dalam hal ini. Aku bukan peminat Dark Funeral, akan tidak kepingin mahu mendengar atau melihat persembahan mereka. I don’t give a damn. Tetapi apabila melihat rakan-rakan dan kenalan di Sabah terpaksa berhempas-pulas menyara Dark Funeral. Mereka terpaksa mengalas beban yang ditinggalkan tanpa sebarang sebab musabab, aku amat simpati dan kesal perkara ini boleh terjadi. 

VOKILL RECORDS. Ironinya, kami (BLACKFIRE) pernah menyertai gig yang dianjurkan mereka. Dan tepat sekali, kami turut mempunyai masalah yang sama. Ia sebuah gig yang berjaya dengan kehadiran penonton yang penuh hari itu kerana ia turut menampilkan lagenda rock tanahair SYJ. 

Kami telah memutuskan secara terang dan rasmi, BLACKFIRE tidak akan bermain jika tidak dibayar dengan kadar tertentu dan syarat tertentu. Bukan kami sebuah kumpulan mega maka kami bertindak sedemikian. Kami sebuah kumpulan working class, untuk menjayakan sesebuah gig, kami perlu berlatih semula sekurang kurangnya seminggu 4 kali untuk tempoh sejam dan sebolehnya setiap hari selama 2 jam pada minggu akhir sebelum gig. Untuk kos perjalanan kami dari utara ke KL juga harus diambil kira, cuti, makan minum. Semua ini memerlukan modal, dan ia bukan kerja-kerja kebajikan. Ia tidak langsung menguntungkan. Apa yang kita harapkan kerjasama dan saling faham-memahami akan keadaan sebuah kumpulan muzik yang berkerja untuk hidup. 

Vokill melunaskan bayaran pendahuluan. Pada hari gig, kami yang disertai oleh anak-anak, rakan dan isteri (7 orang) hanya diberikan sebuah bilik single-bed di BB Inn. Apa yang kami dapat buat dalam bilik itu? Kami solat pun di atas katil!! Azmi tidak kisah, maka dia mengeluarkan duit sendiri untuk sewa bilik tambahan bagi anak-anak dan Joe serta Zizie. SYJ ditempatkan di sebelah bilik aku, dengan anak bini semuanya. Kesian aku tengok mereka sesak di situ. Selepas gig, Vokill gagal melunaskan baki bayaran seperti yang dijanjikan dan memberikan alasan beliau rugi? Jika kami berlembut hati dan halalkan segalanya, makin menjadilah cara kerja mengarut yang makin dibudayakan promoter dan organizer disini. Maka, kami desak dan desak. Vokill melunaskan baki bayaran 3 bulan selepas itu! 

Kemudian tanpa melalui aku, dan usaha mereka sendiri KHEROW yang bernaung dibawah Faithcraft Studio berurusan dengan Vokill untuk gig Malaysian Attack pada 2011. Disebabkan ia atas persetujuan mereka sendiri, aku tidak mahu masuk campur urusan Kherow untuk melibatkan diri dalam gig tersebut di Penang dan merupakan persembahan sulung mereka di semenanjung Malaysia. Kherow bersetuju untuk membiayai segala-galanya sendiri. Bagaimanapun aku tetap ke sana untuk memberi sokongan. 

Sepertinya dijangka. Kherow lekat dan mati akal di airport Bayan Lepas sebaik tiba di Penang. Tiada siapa yang menguruskan perjalanan mereka. Ia sesuatu yang memalukan kerana bagi aku nampak sangat Vokill ini tidak langsung menghargai band mahupun orang lain. Sudahlah Kherow sanggup terbang dan bermain secara percuma. Tiada sesiapa pula yang menjemput mereka dan menguruskan kedatangan mereka. Akhirnya Syargoth, seorang rakan datang menyelamat mereka yang dah buntu selama 4 jam di situ. Aku minta Afdzal, frontman Kherow agar memohon sebuah bilik dari Vokill supaya mereka tunjuk sikit penghargaan kepada ‘manusia’ lain dan kita sendiri jangan terlalu ‘manjakan’ pemangsa sebegini. Vokill setuju untuk beri sebuah bilik untuk dihuni 4 orang. Tiba saja disana, simpati pada Kherow aku ambil sebuah bilik lagi. Segala urusan makan minum, riadah hantar ambil Kherow ke venue semua aku uruskan. Bukan aku ungkit segala pertolongan ini tetapi inikah promoter, organizer, records label yang bakal menguruskan tour kumpulan-kumpulan antarabangsa? 

Aku dah agak Vokill akan menganas lagi. Aku sebenarnya respect juga pada Vokill ini kerana berani buat hal yang melibatkan kumpulan bertaraf antarabangsa dan melibatkan banyak orang lain yang mempercayai kerja-kerja mereka. Kiranya Vokill akan menjadi lagenda rip-off dari Malaysia untuk dekad-dekad yang akan datang. 

Aku langsung tidak kisah Dark Funeral dikebumikan di Malaysia oleh Vokill. Aku simpati kepada rakan-rakan yang sanggup bersusah payah tatang mereka, kumpul dana bagaikan mereka saudara mara kita di Palestine yang sedang dibunuh dan dianiaya, sara makan minum mereka dan hotel. Bagi aku Dark Funeral datang untuk duit kita dan kembangkan fan base dia aja. Entahlah?, adakah mereka akan hargai usaha rakan-rakan kita berusaha membahagiakan mereka di sini. Dark Funeral MUNGKIN akan mengucapkan Thanks a lot di dalam interview atau pun laman web rasmi mereka. Anda pasti gembira. 

Aku harap mereka jangan mencaci Malaysia kerana mereka telah dilayan dengan baik oleh saudara mara mereka disini walaupun mereka tidak dapat bermain di sini. Apa yang salah adalah Vokill Records. 

Beberapa kenyataan dari laman social rakan-rakan; 

Here's the story. At least on my side.He (vokill) contacted me, asked me to be a drum tech for Nils "Dominator" Fjellstrom on the day, which is today, and I said sure no probs plus he added there will be payment. A few days later, I asked him if he could prepare me one crew tag for my student from UMS. Gonna teach him how to be a drum tech. AND I asked him how much is he willing to pay me? No reply.
OKAY. PM'ed me on Sunday, asked me if I was free on Monday to pick up the guys (DF) at the airport. I told him I was but I had to go to Limbang to take care of police business due to my recent car accident last August. DF reached here first and were picked up by two of my good friends. He (vokill) said he'll come at midnight to meet us. Supposed to come before DF arrived but had an "emergancy" at KL. You know what? He didn't come. AT ALL. Met Dominator that night as well as the maniacs from Sabahell. Cool guy. Had plenty of stuff to talk about. We were so thrilled about to play the show together.

Unfortunately...this happened. Vokill FAILED to pay Megaboogie on time for the requested equipment. Lied about he had banked in 50% to the account. Rental service was pissed. Requested that if he could still negotiate with Megaboogie. Too late. It's almost afternoon. DF had been informed that about the problem. We thought that the gig might be called off but they wanted to continue playing. Which brought back our spirits up. They said they'll just play on whatever that is the venue has, provided that the amps are there and a distortion pedal. AND a plane ticket for the next show in Sarawak. This is the best part... THERE IS NO PLANE TICKET. He hasn't even booked it yet. What the hell has he been doing these past few months??? Jacking off? As I was setting up the drums, tuning it, teaching my student some drum tips when suddenly I was told that the gig is called off. Friends from near and far came all the way waited for so long to see DF. We were angry and disappointed. Some went back. Empty handed. We MISSED our chance to see DF live in Kota Kinabalu. Most of us sat at Fook Yuen along with DF. They look "calm" but who know what are they thinking. Now they are at Cititel. Stuck with no where to go but to only wait for their ticket back to KL and to wait for their flight back to Sweden. Oh yea about the hotel. Vokill didn't take care of it. He hasn't even PAID DF any money! THAT'S ASS MAN! They came here for nothing! We Sabahell Maniacs give you a big ol middle finger salute to you! Good luck facing us if you come here. We dare you! Vokill, you piece of shit. Don't you dare bring Gorgoroth to Malaysia. You're just going to mess things up...AGAIN! If you have the money, we still won't trust you! You wasted our time and people took up a day off from their work just for this show including myself!WE DON'T TRUST YOU ANYMORE!Shaun Harun, CROWN OV HORN 

Tidak payah dengar atau tunggu pejelasan drpd anjing kurap shah vokil rec itu. Semuanya sudah terang dan jelas. Keturunan nya memang jelas sial. Baik ko bunuh diri sebelum kau dibunuh! Kepada yg menyokong anjing kurap itu, kamu juga sama sepertinya. Memang keturunan sial! – Max, BARBALANS 

Vokill Rec: ko jangan cakap banyak la babi! ko settle dulu DF di Kota Kinabalu. Rm1200 sehari apa barang? mana bukti engkau? ko tunjuk la kalau ader..Lanchiau la! Jangan byk banyak, ko settle dulu dengan KK. lepas nie ko jawab pulak dengan Kuching. Bajingan! kecik2 taknak mampus, dah besar susahkan orang! – Simon, VORMIT 

Hello Everyone , this is the Dark Funeral agent who booked the tour with Shah Rizal ( Vokill Records )Vokill paid 9% of the money to the band in advance , not all the flights , the venues , the backline , nothing else. The band arrived in Malaysia to play and have been sitting there while Shah doesnt respond to anyone. he has disappeared.... Anyone worried about Shah should know , he just left 9 swedish people stranded in Malaysia because he screwed everyone. Do not expect your money back or Shah Rizal to ever appear again , he is bad person. The band will return to one day play for you with a more legit promoter.... Vokill Records is a scam.. - John Finberg, DARK FUNERAL spokesman via Twitter

selebihnya tengok lah sendiri dalam facebook. Apakata rujuk laman sosial rasmi VOKILL RECORDS jika masih wujud.

p/s: Andaikata kumpulan-kumpulan kita yang bakal menjelajah Eropah menerima nasib sebegini, dan tiada langsung duit untuk menyara diri. Adakah orang disana sudi membantu? Membuat dana dan sebagainya. Nanti dengar cerita akhirnya kita terpaksa makan minum di gereja dan dibantu puak missionary disana.  :) Mereka baik tau!

No comments:

Post a Comment