Tuesday, September 24, 2013

SHADOW OF DEATH “The Grave” (EASTERN VOICE PRODUCTION) – BORNEO


Cd yang mengandungi 3 lagu sebagai promo ini diterbitkan oleh label metal paling aktif di Sarawak iaitu, Eastern Voice Production secara professional. Menurut biografi ringkas yang dimuatkan SHADOW OF DEATH ditubuhkan pada tahun 2010 oleh Api dan Putrajm dan menjadi aktif setelah gitaris death metal tersohor Nasth Sheir bersetuju untuk berkarya bersama mereka. Nasth Sheir yang sebelum ini bersama gergasi death metal Bumi Kenyalang, KREMATION cuba menghidupkan semula kumpulan tersebut dengan anggota baru dan dimesi baru tetapi gagal untuk memberi impak seperti yang diharapkan.

Sebenarnya saya tidak dapat menolak satu tanggapan, Sarawak adalah sebuah mercu tanda death metal Malaysia yang wujud dan melahirkan gitaris-gitaris berbakat besar dan mempunyai pengaruh melodi yang unik seperti lahirnya legasi death metal di Gothenberg yang begitu menghargai skill dan melodi. Adakah tanggapan ini terlalu tinggi? Haha.

Turutan lagu didalam cd ini ada kesilapan yang mana trek 1 sepatutnya yang ke-2 dan trek 2 sepatutnya yang pertama. Tetapi ia tiada masalah, mungkin setelah meneliti lirik, anda dapat membezakannya. Api menyanyikan lagu-lagu dengan teknik growl hampir sepenuhnya dengan efek yang minima begitu juga sedikit mengunakan screams atau jeritan. Ia membuatkan S.O.D kedengaran persis old school death metal yang begitu mengingatkan saya kepada material-material lama dari SILENT DEATH, ETERNAL MADNESS (Bali), DEICIDE dan NOCTURNUS. Riffings gitar dari Nasth Sheir sangat teliti, rumit dan panjang. Diselitkan dengan solo-solo bermelodi sebagai trademark beliau dan sedikit sentuhan keyboard disana-sini bagi menambahkan mood ‘misteri’ dan lagu-lagu mereka terutama lagu bonus “Twisted Faith” yang boleh dikatakan paling menonjol dari segi susunan muziknya.

Lirik “Beast in Man” dan “The Grave” ditulis oleh saya untuk KREMATION berkurun tahun yang lalu. Dan saya hampir terkejut kerana Nasth Sheir masih menyimpan dan mahu mengunakannya. Saya akui sewaktu menulis lirik-lirik tersebut saya masih mentah dan sangat muda dalam dunia penulisan lirik. Dan perspektif saya mengenai apa yang saya tulis dulu sangat berbeza dengan apa yang saya imani kini. Saya tersenyum membacanya dan ia hanya fantasi liar remaja ketika itu. Bagaimanapun saya berterima kasih kepada Nasth Sheir kerana menghargai karya saya itu.

Rakaman promo cd ini dibuat di 4 studio berbeza. Mereka mengunakan di D’Jemaah Home Studio untuk membuat drum programming, merekodkan bass dan keyboards, mengunakan Subzero Studio untuk rakaman gitar, Grenek Studio untuk rakaman vocal dan solo gitar, dan akhirnya mereka mengunakan I-Music Studio untuk proses adunan dan mastering. Jadi saya menyifatkan S.O.D telah berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan kualiti bunyi yang hebat bagi material sulung mereka ini.

Masih banyak ruang yang boleh diperbaiki di masa hadapan namun ini adalah permulaan yang baik bagi mereka. Saya berharap S.O.D akan mendapat ahli tetap dan terus serius berkarya dengan matlamat yang betul.

Dapatkan cd ini dan sokong mereka jika anda percaya dengan usaha rakan-rakan lama kita ini. Long live death metal!!

Email: eastern.voiceprod@gmail.com
Facebook.com/eastern.voice.production

No comments:

Post a Comment