Saya mengetahui lagu-lagu Judika atau ejaan namanya Jud1ka melalui drama-drama TV3 yang alih-alih mengunakan lagu beliau sebagai runut bunyi. Saya bukanlah juga pengemar drama TV, akan tetapi setiap kali berkerja dengan rakan-rakan sepejabat wanita, mereka pasti tidak akan berganjak dari kaca TV jika kami bertugas shift petang bersama. Mahu tak mahu, akhirnya saya sendiri menyiulkan lagu Judika.
Judika mempunyai suara yang lunak, unik dan seorang yang sangat berbakat dalam nyanyian dan penulisan lagu. Saya tidak tahu sejarah beliau, apa yang saya ketahui dari kulit CD album ini adalah beliau bala peminat beliau digelar Judikaholic, meminati imej heavy metal (bergaya seperti Ripper Owen untuk hiasan dalam dan kulit depan CD), satu-satu band yang disebutnya dalam ucapan terima kasihnya Mahadewa dan Ahmad Dhani, menulis sendiri 6 lagu dari 14 lagu-lagu di dalam album ini, serta saya percaya Judika juga seorang penganut Kristian yang sangat warak.
Setelah mendengar keseluruhan album ini. Rasa berpendapat Jud1ka adalah seorang penyanyi yang versatile serta boleh membawakan variasi dalam genre pop rock. Lagu pertama digarap dengan stail R&B yang moden seperti Maroon 5 dan juga pemakaian FX pada vokal seperti Akon, begitu juga lagu tulisan Kohar Kahler “Tiada Lagi” yang pernah dibawakan Amy SEARCH. Jud1ka membawa lagu ini dengan lebih lively dan hippy.
Lagu-lagu foya-foya dan mengarut (bukan karangan Jud1ka) dan mungkin dinyanyikan bagi diselaraskan dengan citarasa semua peringkat / lapisan masyarakat Indonesia seperti “Mama Papa Larang”, “Tercipta Untukku”, “Takut”(bau macam KRISTAL ja! Ha!ha!). Manakala lagu “Bahagia Dengan Memberi” mempunyai pengaruh kumpulan QUEEN seperti lagu mentor Jud1ka, “Pupus”. Dan saya nampak dengan jelas, lagu “Bukan Rayuan Gombal” adalah kertas karbon kepada lagu BON JOVI “I’ll be There For You”.
Tetapi saya sangat mengemari tema depressif dan romantis gelap karya Ade Govinda. Ia sangat mencengkam kalbu dan dibawa dengan cemerlang oleh Jud1ka. 5 lagu terakhir dalam album ini yang memberi nilai sebanyak RM31.90 secara jujurnya.

No comments:
Post a Comment