Friday, June 20, 2014

LIMITS OF NESCIENT “Decadence” (COPREMESIS RECORDS) –CZECH REPUBLIC



Ketika membongkar kaset-kaset lama untuk dijual dalam page Faithcraft Productions, saya terjumpa dengan satu kaset yang diperolehi melalui aktiviti ‘tape-trading’ mungkin sekitar 2002-2003?. Saya tidak pasti siapa yang memberi saya kaset ini, namun saya berat mengatakan ia pemberian seorang sahabat pena saudara Marek , editor kepada SILENCE DIARY zine. Apa khabar Marek? (jika anda membaca post ini-Raimi)

Rakaman album “Decadence” ini sebenarnya diterbitkan sebagai album split bersama sebuah lagi band grind dari Czech bergelar FEEBLE MINDED. Saya letakkan kaset ini dalam compact hi-fi dan putar. Ia masih dalam keadaan baik dan tidak berkulat. Hebat sekali permainan dan susunan lagu mereka. Lagu-lagu mereka berat dan teknikal. Jika anda pernah membaca zine-zine UG lama, pasti anda tahu yang scene UG Czech sangat bangga dengan setiap kumpulan-kumpulan yang tertubuh dibawah bendera negara mereka kerana HAMPIR tiada langsung kumpulan Czech yang bermain ala kadar dan ‘ceroi’. Mereka pentingkan kemahiran dan kualiti rakaman yang maju.

Walaupun pada ketika itu mereka sebuah kumpulan yang masih muda, jika KRABATHOR, DEATH, KATAKLYSM atau CARCASS mendengar muzik LIMITS OF NESCIENT pasti mereka akan bersengkang mata berlatih untuk jadi lebih hebat lagi dari remaja ini. Satu perkara yang saya ingin ketengahkan dari album “Decadence” ini, ia sebenarnya memahat kehebatan pergerakan genre death metal nusantara suatu ketika dahulu. LIMITS OF NESCIENT merupakan kumpulan metal pertama dari Eropah yang mengunakan bahasa Melayu dalam lagu-lagu mereka. 3 Lagu “Dunia di tanganku”, “Unsur Yang Layu” dan “Sisa” telah ditulis dengan lidah orang timur. Saya ingat lagi, Marek sendiri merupakan peminat tegar demo-demo LANGSUIR (death metal dari Ipoh, Perak).

Dan lebih unik lagi mereka memilih untuk merakamkan lagu cover dari tema Pulp Fiction dengan acuan death metal. Menarik sekali!

LIMITS OF NESCIENT ditubuhkan pada 1996 dan telah lama berkubur, mereka mula dikenali apabila demo ke-2 mereka "Germs of obsession" mula mendapat perhatian pergerakan underground metal global. Saya membuat sedikit pemburuan di internet dan mendapati split album bersama FEEBLE MINDED mereka masih boleh didapati dari Osmose Productions, Nuclear War Now Prod, dan beberapa distro lagi dengan harga sekitar USD6-7 sahaja. Dapatkan kerana ia khazanah metal yang berakar umbi pada nusantara ini.

Alamat LIMITS OF NESCIENT yang tertulis dibelakang kaset ini:
David Najbrat; Sovova 5; 79401 Krnov; Czech Republic

No comments:

Post a Comment