Friday, June 6, 2014

TARANTULAH “War Brutality” (SISA TOXSICK PROD) –MALAYSIA


TARANTULAH adalah side-project kepada anggota kumpulan TRIUMPH OV FIRE, dan pengerak label TROOPER ART REGIME. Mereka pernah melahirkan sebuah demo CD sebelum ini, puas saya meminta CD tersebut dari Man Rabaxx untuk mendengar dan mengulasnya. Tetapi beliau tetap dengan pendirian demo itu masih belum layak untuk diulas di dalam blog ini. Saya akur.

Man Rabaxx akhirnya menghantar karya TARANTULAH yang terbaru ini ke peti surat saya. Sebaik mendengar 6 lagu yang dirakamkan sendiri dirumah mereka. Saya berpendapat, TARANTULAH lebih cenderung kepada Punk/Hardcore yang sarat dengan mesej sosial dan politik. Susunan lagu-lagu mereka ringkas, mudah dihadam, banyak riff down strokes dan moshy. Kadang-kadang mereka mengingatkan saya pada scene punk rock tempatan pada awal 90-an.

Hanya 3 benda yang saya katakana dengan jujur, mereka perlu lebih cermat dalam proses mixing untuk masa depan. Kaedah dan method yang anda sewaktu kerja adunan boleh diperbaiki dan diperincikan untuk mendapat imbangan yang betul. Cuba perhatikan apabila anda masukkan movie sampling, ia tidak sebati dan kedengaran seperti menampal. Kedua, saya kurang setuju dengan ‘delay’ atau ‘reverb’ melampau yang digunakan untuk vokal seperti di dalam lagu “Apa Erti Kita Kawan” dan “Mati Hidup Semula”.

Kerja yang terbaik dalam CD ini adalah “Demokrasi itu Dusta”.

TARANTULAH mungkin kedengaran lebih hebat jika mereka mencuba studio yang lebih baik kerana idea mereka bagi formula punk/hardcore telah tersedia ada. Mereka hanya perlu tambah sedikit latihan dan pelaburan untuk rakaman yang lebih sempurna. Dan sempurna itu tidak semestinya datang dari studio yang mahal. Betul tak?

Hubungi mereka: tarantulah2012@gmail.com

No comments:

Post a Comment