Tuesday, June 3, 2014

N.V.T “Nihilist Vulcanic Terror” (KIMAR RECORDS) –MALAYSIA


Bila mendengar NIHILIST VULCANIC TERROR ini, sedikit sebanyak mengingatkan pada diri saya sendiri. Ini kerana N.V.T adalah sebuah band, jika masih boleh dikatakan band yang ditubuhkan atas perjuangan individu. Jadi masa depan N.V.T serta statusnya bergantung pada semangat dan sejauh mana bertekadnya Dzurinfernal untuk terus berkarya.

N.V.T adalah Dzurinfernal, yang memainkan semua instrumental pada 4 demo trek permulaan. Dan 3 trek terakhir dipetik dari ‘rehearsal’ 2012 bersama seorang pemain dram bernama Znarinfernal, namun masalah tetap melanda N.V.T kini kerana Znarinfernal kini bertugas di Sarawak.

Rakaman demo ini dijalankan di dua studio berbeza, Maximum Rip-Off Melodic Studio, Penampang dan KK Music Production, Kota Kinabalu. Kualiti rakaman boleh dikatakan kurang memuaskan, kerana ia tidak stabil dan sedikit kacau-bilau (chaotic) pada bahagian tertentu. Namun masih anda ketahui apa yang N.V.T mainkan adalah black metal 90-an yang banyak pengaruh dari negara Scandinavia. Jujur saya katakan disini, walaupun saya seorang yang ‘agak’ konservatif, dan boleh menerima unsur black metal ‘rimba’, ‘purba’ dan ‘unholy’. Saya sedikit bosan, mungkin kerana mood yang tidak sesuai. Jika anda meminati BEHERIT lama, demo RATOR “Evil Symphony”, demo SATYRICON “All Evil”, boleh dapatkan kaset ini.

NIHILIST VULCANIC TERROR adalah penganas muzik bawahtanah dari hutan Kauluan, Tamparuli, Sabah.

Hubungi: Kimar Records, P.O. Box 17159, 88872 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Email: kimaregiment@ymail.com

* Kaset ini boleh di dapati dari Faithcraft Prod dengan harga RM15 (termasuk pos)

No comments:

Post a Comment