Mengapa sekarang ini seperti ada satu jurang luas antara scene hardcore/punk dan metal walaupun genre-genre ini bergerak atas prinsip muzik bawah tanah? Saya sendiri tidak tahu mengapa? Adakah kerana kebanyak metalheads terlalu radikal pada kegelapan dan pessimis, atau punk rockers terlalu politikal dan duniawi sehingga masing-masing menjauh diri. Seingat saya, dipertengahan 90-an, walaupun kita menyokong kumpulan-kumpulan metal, tetapi kita tetap sokong kumpulan-kumpulan seperti HIJRAH/PILGRIM, SATURNINE, SUBCULTURE, NAKED BUTTERFLY, dan sebagainya. Sekarang ni apa dah jadi?
Saya sangat hargai CD ini, sekurang-kurangnya saya mengenali sisi lain pengerak muzik bawah tanah di Malaysia. Walaupun ia telah diterbitkan 2 tahun lalu. Ia masih segar dan hampir semua kumpulan dalam CD ini tidak saya ketahui kecuali DUM DUM TAK.
TOXICTOY dari Jerantut mempersembahkan sebuah lagu punk rock berjudul “Nothing more” dengan rakaman yang kemas. Saya selesa mendengarnya.
THY REGIMENT menyumbangkan sebuah lagu thrash/death metal. Mungkin boleh dikatakan lagu paling berat dalam kompilasi ini.
THE MINDLESS SHOW mempunyai nilai komersil dan mesra radio. Kalau boleh saya gambarkan disini, muzik mereka seiras Jason Loo.
SKUNKFIX dari KL adalah kumpulan pembuka mata saya yang pertama dalam kompilasi CD ini. Muzik mereka sangat teknikal, gabungan progressive rock dan ska. Turut menyanyikan lagu dengan teknik growl. Unik dan mencabar. Riff intro mengingatkan saya pada lagu tema siri superhero Jepun, Gaban.
PARTIMELOVERS mengetengahkan genre Brit pop. Itu yang telinga saya faham.
DUM DUM TAK, satu-satunya kumpulan yang saya tahu kewujudan mereka sebelum ini, mungkin kerana ahli mereka Ahmad Nizang yang turut aktif dalam penulisan membuatkan aktiviti-aktiviti mereka mendapat lebih liputan. DUM DUM TAK adalah kumpulan hardcore/punk tradisional. Mudah untuk hadam.
CARBON ‘4 TEEN dari Pontian ini serius bermuzik. Saya dapat lihat dari bio mereka sendiri (banyak masuk projek kompilasi). Selain bermuzik, mereka turut mementingkan visual. Penyanyinya mempunyai suara yang kacak yang diselaraskan dengan genre punkrock.
NUISANCE DRILLED, mungkin bermain Industrial atau psychedelic rock dalam lagu “Endless Ending”. Saya kurang pasti?
T.I.M, kumpulan kedua yang membuatkan saya terbeliak. Pelik kumpulan ini, unik tahap genius, mungkin juga? Mereka tiada batasan genre sebenarnya walaupun bertopengkan hardcore pada lirik dan imej. Muzik mereka sangat teknikal, mempunyai bahagian blastbeat yang jitu dan terdapat bahagian yang menjurus kepada American metal. Berpotensi dan perlu perhatian!
BRAYOK dari Ipoh adalah sebuah kumpulan punk rock tradisional yang mengingatkan kita kepada OFFPRING lama. Muzik yang jujur, vokal tanpa FX kecuali reverb.
MIKROBOTMEN sebuah projek techno ambient dari KL. Saya dengar separuh lagu dan skip kerana pening.
THE NEEDLES sebuah kumpulan punk tipikal. Boleh layan jika anda suka retro dan old school.
NEVER FOUND sebuah kumpulan rap experimental dari Kerteh yang unik. Mengetengahkan loghat dan dialet dengan mesej sosial. Wajar diberi sokongan.
ROTTEN RUCKUS dari PJ sebuah kumpulan punk rock yang tipikal, tetapi mereka mempunyai vokalis si gadis yang mungkin boleh memberikan sedikit kelainan.
HE LIBRA sebelum ini dikenali sebagai JULIES PLOT TRAGEDY tampil dengan lagu instrumental. Atau mungkin mereka memang sebuah band instrumental? (sorry malas nak Google). Muzik mereka tenang dan damai. COLDPLAY mungkin?
GENG GEMOK KEJI dari Ulu Langat mempunyai potensi untuk maju jika kena gayanya. Mereka pandai susun lagu. Muzik pop punk mereka tidaklah sekeji nama mereka. Ia mudah hadam dan permainan mesej mereka mudah dan berkesan.
SWAMPY ZOMBIE FEVER dari Ampang. Inikah yang dikatakan Grunge tidak akan mati? Hehehe.
SOUL SAVIOUR, ALWAYS LAST(KL), PEREK KASI GEREK (Kedah), MADEFAKE (Bangi), STICK NO BILL (KL) tampil dengan lagu yang biasa-biasa sahaja tetapi masih baik jika dinilai pada kualiti rakaman.
CD ini diterbitkan dengan usahasama 4 label indie, Nervhous Records, Red Ink Entertainment, Pissart Records dan Tenzenmen Records secara professional sepenuhnya. Mengandungi biografi dan foto setiap kumpulan serta rakaman yang berkualiti. Cari dan beli!
No comments:
Post a Comment