Tuesday, September 23, 2014

KEHADIRAN CARCASS, THE BEATLES OF METAL KE MALAYSIA


Dikatakan tiada lagi kumpulan muzik paling berkuasa dan berpengaruh besar selepas The Beatles dari Merseyside, Liverpool UK selain CARCASS. Mereka diangkat sebagai pemuzik yang merombak banyak perkara asas kepada wajah muzik metal selain menetapkan skala baru pada dunia muzik lasak. CARCASS dalam bahasa singkatan ada pemuzik genius. Itu kata kebanyakan media dan ahli muzik.

Apabila CARCASS bertindak membubarkan kegiatan seni mereka pada 1996, kebanyakan metalheads berharap mereka akan kembali suatu hari nanti. Dan ternyata mereka bersatu semula untuk siri konsert-konsert reunion bermula pada 2007. Lebih mengembirakan peminat mereka, CARCASS bersetuju untuk merakamkan album baru yang telah terbit pada 2013 dengan tajuk “Surgical Steel”.

Dan apabila pengerak Sarawak Metal Force mengumumkan mereka berjaya menarik CARCASS untuk membuat persembahan sulung dirantau ini pada 13 Oktober 2014. Kebanyakan metalheads telah jadi kurang siuman dan gila meroyan disebabkan hajat untuk melihat dewa grind metal turun ke Malaysia bukan sesuatu yang mampu dibayangkan dalam masa 20 tahun sebelum ini. Sarawak Metal Force membawa mimpi jadi realiti. Ini bukan METALLICA, itu band poser kesukaan ramai. Tapi ini kumpulan muzik genius lagi kronik! Tiada satu perkara pun yang tak metal pada CARCASS.

Mengimbau sejarah CARCASS ditubuhkan oleh Bill Steer dan Ken Owen pada tahun 1985 dengan nama DISATTACK dan berjaya merakamkan sebuah demo “A Bomb Drops ... “. Pada 1986 Jeff Walker, penyanyi dan gitaris kumpulan ELECTRO HIPPIES bergabung dengan DISATTACK diposisi pemain bass dan Sanjiv mengantikan Andrew Pek sebagai penyanyi. Mereka seterusnya menukar nama kumpulan kepada CARCASS dan berjaya merakamkan sebuah lagi demo “Flesh Ripping Sonic Torment” pada tahun 1987.

Karier muzikal CARCASS yang unik bermula apabila terakamnya album sulung mereka “Reek of Putrefaction”.

semasa zaman D-Beat
semasa zaman demo
semasa zaman kelahiran mahzab goregrind
semasa zaman kelahiran mahzab melodic deat metal
Carcass terkini

Diskografi CARCASS:

Reek of Putrefaction (1988)
Symphonies of Sickness (1989)
Necroticism – Descanting the Insalubrious (1991)
Heartwork (1993)
Swansong (1996)
Surgical Steel (2013)

Jom buat analisis kenapa PERLU dan TIDAK PERLU anda ke konsert CARCASS di Kuching pada 13 Oktober ini:

PERLU;

1. Jika anda peminat tegar CARCASS sejak dari album pertama. Apa salahnya, walaupun penubuhan semula CARCASS ini masih diperingkat percubaan. Mereka mungkin membubarkan CARCASS semula tanpa sebab semua bergantung pada kejayaan album baru atau ‘keuntungan’ barangkali? Ikuti kata Jeff Walker dalam temubual Metal Undergound 3 bulan lalu "Ultimately, as long as we feel we got somewhere to go then we would create new material. We are not just going to do it just for the sake of it. We have to feel inspired. All I can say is I do see somewhere where we can take Carcass if we choose to do another album and personally I do want to do another album. I'm not completely satisfied with any album we've made so far. I don't think we've made the classic Carcass album, that's the way I feel."

2. Anda antara peminat metal yang muncul kerana kejutan subgenre Goregrind. Siapa boleh nafikan CARCASS pencetus segalanya (rujuk album, Reek of Putrefaction, dan Symphonies of Sickness).
3. Anda generasi Y dan meminati American Metal atau Swedish Metal, kembalilah pada sejarah awal kewujudan melodic death metal. Pasti anda tahu CARCASS diantara kumpulan yang membawa revolusi kepada subgenre ini. (rujuk album “Heartwork” yang mencetuskan kegemparan pada peminat goregrind mereka)

4. Anda mempunyai band yang wujud kerana CARCASS!

5. Jika anda sanggup berbelanja untuk ke konsert METALLICA yang lebih mahal tiketnya. Jangan bagi alasan untuk tidak ke konsert CARCASS kerana karya mereka lebih berat dan jahat.

6. Inilah ulung-ulung kalinya kumpulan death metal diberi peluang untuk beraksi pada skala yang besar (stadium) di Malaysia. Ia bakal menjadi sejarah.

7. Inilah juga kali pertama penganjur berkeras dengan pendirian mereka untuk menampilkan hanya kumpulan-kumpulan baru yang berpotensi dari Malaysia dan Indonesia. Saya sokong.

8. Jika Sarawak Metal Force terdiri dari rakan-rakan anda. Berilah sokongan!

9. Jika anda peminat grindcore. Tentulah anda tahu Bill Steer adalah adalah salah seorang ahli NAPALM DEATH yang merakamkan album klassik mereka “Scum” pada 1987 dan Jeff Walker adalah orang yang bertanggungjawab membuat ilustrasi kulit album “Scum” yang begitu sinonim dan menjadi rujukan visual pemuzik grindcore hingga ke hari ini!

10. Bercakap tentang visual. Jika anda kenal muziknya apa salahnya anda hadir dan melihat mereka sendiri. CARCASS juga dikenali sebagai antara kumpulan muzik terawal mengunakan foto-foto ngeri dibilik bedah sebagai kulit album. Kulit album “Symphonies of Sickness” telah digam dan terpaksa dirombak untuk pasaran.

11. Anda jurnalis atau media dari semenanjung Malaysia. Laporkan bagaimana mereka membawa keajaiban ini di Borneo.

12. Jika teringin nak lihat kejelitaan awek-awek metalheads Sarawak. Hehehe!

13. Jika anda seorang doktor bedah!

TIDAK PERLU;

1. Jika anda merasakan apa yang dinamakan CARCASS sekarang ini bukan kumpulan yang hebat seperti dahulu.

2. Jika anda merasakan pemain dram dan penyanyi asal Ken Owen harus ada dalam CARCASS untuk mengekalkan ketulenan muzik mereka. Tetapi ia pasti mustahil, Ken Owen mengalami kecederaan otak yang serius dan tidak dapat bermain dram lagi. Beliau kini masih meneruskan minat seninya menerusi muzik programming.

3. Jika sampai perlu bergolok bergadai untuk beli tiket kapal terbang, hotel, tiket konsert hingga terabai anak bini. Lupakan saja.

4. Hanya minat CARCASS ketika zaman demo mereka. Hey! Mereka main crusty D-Beat masa tu. Hahaha! Dimensi muzik muzik CARCASS jauh berbeza kini.

5. Jika anda merasakan CARCASS kini tidak seperti dahulu yang memfokuskan topik perubatan dan segala macam penyakit atau konflik emosi sebaliknya lebih kearah politikal. Lagu pertama yang dilepaskan untuk promosi dari album terbaru berjudul “A Congealed Clot of Blood” bermesej anti Islam. Banyak peminat mempertahankan CARCASS dan menyatakan ia bukan pandangan menyeluruh. Tetapi bagi saya ia jelas anti-Islam apabila mereka bercakap tentang jihad dan rasul. Bagi saya tiada lagi pemuzik metal non Muslim akan faham apa erti jihad, kerasulan dan kiamat. Mereka hanya akan mempermainkan agama dan menjadikan ia bahan satira mereka. Itu perkara standard lah. Klik untuk dengar dan lihat lirik.

6. Jika merasakan anda masih dalam tempoh edah Aidil Adha kerana banyak urusan amal ibadah yang masih perlu dilaksanakan. Lupakan saja.

7. Jika anda merasakan kumpulan anda lebih hebat dari CARCASS!

OK? Dah buat keputusan. Tepuk dada. Tanya selera.

No comments:

Post a Comment