Monday, September 22, 2014

TRENDY, POSER, WIMP, GROUPIES (PART III)


Ada satu kejadian pelik yang berlaku membuatkan saya ingin meneruskan kesinambungan episode Poser, Wimp, Trendy, Groupies ke chapter III. Rasanya fesyen-fesyen sebegini hanya wujud pada generasi Y dan tidak sepatutnya wujud dalam pergerakan muzik bawah tanah pun jika BENAR scene kita lahir dari kejujuran dan kebebasan untuk berkarya.

Suatu hari saya menerima email, “Boss, boleh saya bertanya, stuff HANTU (sekadar nama, tiada kaitan dengan METAL GHOST atau GHOST B.C, ok!) masih ada lagi. Saya nak beli?”. Saya pun membalas “Ada dalam 100 keping lagi”. Saya seterusnya memberikan link gambar stuff HANTU. Kemudian beliau membalas “ Boss, takda kaset ke bro?”. Saya membalas lagi “ Takda. Memang HANTU hanya terbit dalam format CD aja”. Dia seterusnya membalas “ Tak jadilah boss. Sorry ya. Saya hanya layan kaset. CD kurenggg la”. Saya pun balas “OK”.

Sehinggalah beberapa ketika saya mendapat mesej-mesej pertanyaan yang sama oleh beberapa individu-individu lain. Sebelum itu saya menganggapnya biasa. Tetapi bila ia sudah menjadi epidemik, maka wujudlah TREND.

Kadang-kadang kita ingat mereka yang membeli kaset ini kerana terpikat pada warm sounding yang hanya boleh didengari oleh dari versi analog. Tetapi katanya, kami dah dengar lagu-lagu MP3 band itu. Kaset sekadar simpanan. Paling lawak bila ada mesej menyatakan “Saya bukannya nak dengar sangat. Nak buat koleksi aja.” Itu lagi haru!

Lihatlah di suatu ketika dahulu, berapa ramai diantara kita yang mengejar CD-CD kumpulan muzik yang kita minat oleh kerana kejituan bunyi digital CD dan tempoh hayat CD yang lebih lama. Kita angkat diri kita sebagai ‘true’ kerana koleksi CD tersebut. Hanya dalam tempoh sedekad. Kaset bangkit semula hanya kerana nilai vintage yang ada padanya. Sesiapa yang ada kaset lama, walaupun jika dipasang hanya bunyi serangga yang keluar. Dia diangkat sebagai ‘true’. Remaja sukakan permainan sebegini. Maka berebutlah mereka membeli kaset-kaset vintage yang biarpun rosak asalkan boleh diperagakan.

Saya masih boleh menerima apabila seorang rakan dari sebuah label thrash metal menyatakan beliau pernah menjual kaset EP sulung NEBIRAS yang sudah rosak dengan kulit kaset yang telah diconteng dengan harga tunai RM60. Tetapi saya memang terkejut amat bila mendengar sebuah kaset album pertama kumpulan black metal dari Singapura dijual dengan harga RM500 sekeping dalam Mudah.com. Itu memang dah jadi perniagaan pengumpul syiling/setem purba punya scene! Woa!! 

Julia Roberts mungkin sedang layan  "As the sky turns black"
Scene UG metal atau punk lahir dari muzik seterusnya ke fesyen. Namun fesyen itu tidak boleh mendahului muzik itu sendiri. Jika anda penyokong muzik-muzik metal/punk bawah tanah tidak seharusnya anda membeli produk mereka berlandaskan format muzik yang mereka diterbitkan. Jika mahu mereka terus berkarya dan maju. Sokonglah mereka berdasarkan muzik, bukan sokongan berdasarkan format ‘trendy’ mengikut zaman. Kerana kegilaan terhadap format tidak akan mati disebabkan kitaran fesyen sentiasa berpusing-pusing. Tetapi band. Band akan mati, zaman mereka aktif dengan format apa sekali pun wajar anda beli jika benar anda menyokong kerjaya muzik mereka. Jika tidak, anda hanya sekadar pengumpul setem!

Seorang blogger rakan saya, Abi Suffian pernah membangkitkan ada sekelompok collectors yang terlebih radikal. Mereka hanya membeli produk cetakan pertama. Kemudian mereka memperlekehkan pula orang-orang yang membeli stuff cetakan kedua-ketiga dan seterusnya. Ini pun satu jenis trend. Apakah cetakan pertama sahaja tulen? Gila ke apa ni? Cetakan ke 600 pun, kalau ia diterbitkan oleh label yang dinaungi band tersebut atau dilesenkan oleh band itu sendiri pun. Ia cetakan tulen lah! Dimana yang dikatakan tiruan tu? Hakikatnya semua hanya ada itu bukan pun dari kualiti bunyi asal. Dah nama pun cetakan! Kalau nak tulen sangat pergi minta beli master recording la kat band tuh! HA! Itu baru ori.

Hal yang sama juga turut berlaku dalam ghetto pengumpul piring hitam. Ini semua tak lebih dari trend.

Namun saya berpegang mereka ini perlu ada dan sebahagian dari scene. Trend generasi Y ini sedikit sebanyak mengangkat martabat tradisi demo kaset dan nilai sejarah scene muzik lasak 80-an.

Saya bukan membenci trend ini sebaliknya rasa bertuah juga kerana dapat menjual banyak sekali kaset-kaset lama dengan harga yang lumayan dan turut menerbitkan lagu-lagu baru dalam format kaset kerana permintaan yang semakin banyak.

Beri sokongon kepada pemuzik bawah tanah di negeri anda sendiri.

No comments:

Post a Comment