Friday, February 6, 2015

ANTABOGA “Mayang Mistik II” (Terbitan Sendiri) –MALAYSIA


Album ini diterbitkan pada tahun lalu, tiada maklumat rakaman kecuali mencatatkan ANTABOGA melakukan segala kerja rakaman dan produksi album ini sendiri. Ada beberapa kemajuan yang saya dapat kenalpasti sebaik sahaja memainkan CD ini sambil membelek-belek kulit albumnya. Antaranya, mereka sudah mempunyai gitaris kedua, Al Wahhar. Maka dengan adanya kelebihan itu, terdapat beberapa penampilan solo-solo bermelodi yang mudah dihadam dan beberapa bahagian yang agak berteknikal. Kemahiran permainan bass dari Ma Al Ji juga jelas kedengaran semakin baik. Instrumental plucking gitar “Ajian Seru-Seru Setan” memberikan suatu pengalaman suram dan mengkhayalkan.

Kualiti bunyi dan adunan yang lebih baik serta seimbang, jelas dan bersih. Dengan itu permainan dram dari Lumania lebih terserlah dalam album ini. Hasil kerja double bass yang menarik, tetapi beliau seperti terlalu obsess dengan tripled rolls fill-in dalam ke semua lagu. ( trriap trruup truup trruup trriap! Anda tahu kan?) saya harap beliau boleh menambah variasi atau ‘bunga’ pada permainan beliau untuk masa hadapan.

Hantu Kepalang merombak teknik vokal beliau kepada lebih mentah serta garau dan memansuhkan pengunaan delay yang tinggi. Mungkin beliau mahu lebih beridentiti atau cuba berekperimentasi dengan karya-karyanya.

Apa yang kekal sebagai darah daging mereka adalah aspek lirikal yang berunsur tahyul dan mistikal nusantara. Mereka juga masih mengunakan Andhoenk Sacrifice dari Indonesia sebagai pelukis ilustrasi yang kali ini lebih memfokuskan seni gelap kedukunan dan perbomohan.

Sekali lagi saya ingin memberi teguran pada kesilapan menyunting reka letak kulit album ini. Seperti album sulung ANTABOGA, senarai lagu dan isi kandungan CD jelas berbeza dan tidak mengikut susun aturnya. Bagaimana ada 10 trek dalam CD ini tetapi hanya 8 tersenarai sebagai lagu? Ia sedikit sebanyak memberi kesulitan untuk pendengar merujuk lirik dan tajuk lagu.

Album ini hanya diterbitkan sebanyak 50 keping dan boleh didapati menerusi mereka sendiri.

FACEBOOK HANTU KEPALANG

No comments:

Post a Comment