Saya kenal Cipun, pemain gitar mereka dijalanan sejak sekian lama, tidak tahu pula beliau adalah anggota PRIBUMI, dia pun tidak pernah langsung bercerita tentang kumpulannya. Begitulah prilaku pribumi Perlis yang sangat merendah diri ini. Sehinggalah suatu hari, saya bertemu Cipun di sebuah gig yang berlangsung di Rockspace Pub, Hatyai, ketika itu mereka selesai membuat persembahan. Ironinya, PRIBUMI turut menampilkan Asri (dram) yang pernah bermain bersama DEVASTATOR apabila Chainsore membuat percubaan untuk menghidupkan semula kumpulan tersebut setelah kembali ke Perlis 4 tahun lalu. Namun ia gagal. Saya menubuhkan WRECKÄR bersama Chainsore, manakala Asri berkhidmat untuk PRIBUMI dan MERENGGAH.
CD promo ini memuatkan 2 lagu yang dirakamkan di Arau, Perlis (tiada sebarang info pada kulit CD kecuali tajuk lagu, logo dan artwork ringkas) iaitu “Provokasi” dan “Tammat”. Mungkin anda boleh jangkakan, PRIBUMI datang dengan jenama death/thrash metal moden bersama sentuhan hardcore dalam lingkaran SEPULTURA, RDP, BENEDICTION, SIX FEETS UNDER, atau di sekitar Asia Tenggara merujuk kepada gagasan KOFFIN KANSER, BLIND TRIBE, MORGGORM, TENGKORAK, SARCASTIC (Indo) dan sebagainya. Anda juga boleh menjangkakan dari sudut idea mereka yang berkisar dalam tema politikal dan permasalahan sosial. Kebanyakan riff-riff dan topik telah digunapakai dari generasi ke generasi, namun genre ini tetap malar segar dan ada pengikutnya yang tersendiri. PRIBUMI berjaya mengarap dan merakamkan lagu-lagu mereka dengan baik. Ia mempunyai susunan yang bagus serta adunan yang mantap lagi berat.
Mereka sedang giat mempromosi karya-karya mereka melalui gig-gig disekitar utara. Jika anda tertanya-tanya tentang pergerakan muzik berat di Perlis, PRIBUMI antara yang kumpulan terbaru muncul dari sini dengan muzik metal ektrim tanpa konpromi.
Hubungi PRIBUMI untuk promo CD ini atau undangan gig: +6017-4008155
FACEBOOK PRIBUMI
FACEBOOK PRIBUMI
No comments:
Post a Comment