Monday, August 8, 2016

IV V I IV “Endless Morbidity” (NARROWARD) –MALAYSIA


Kali pertama saya melihat mereka mendendangkan irama seram dan keras ini di gig Rock in Kedah (part-2) pada Januari lalu. IV V I IV adalah bermaksud DEAD atau MATI dalam bahasa mudahnya. Kumpulan bergenre black metal yang berpengkalan di Kuantan ini turut dilamar oleh label Kuantan, Narroward Kult untuk menerbitkan EP pertama yang mengandungi 5 trek termasuk intro dan outro. Ayat promosi label mereka yang bertulis, ..dark arts never before seen and heard in Malaysian extreme metal scene.. mungkin agak kencang. Masakan kita tidak pernah mendengar dan bergelumang dengan irama-irama maut seperti ini. Komposisi MATI menjurus kepada black metal 90-an yang kurang menumpukan pada aspek teknikal, mempunyai keranggupan padu pada bunyi gitarnya dengan sisipan melodi berhantu dan senang dihadam. Boleh saya kata jika anda biasa mendengar lagu-lagu dari kumpulan tempatan seperti WHAFFATH, NEBIRAS, PURNAMWULAN, dengan bayangan kualiti yang bagus seperti MATI ini. Ia bukanlah sesuatu yang baru. Black metal dengan pengaruh riffing hard rock serta bertema occult ini diperkenalkan oleh kumpulan-kumpulan seperti MORTUARY DRAPE, COUNTESS, NECROMANTIA, MORBID dan sebagainya. MATI hadir dengan pakej yang lengkap dari segi irama, tema dan jenama. Kerja-kerja adunan dan mastering oleh anggota VOIDNAGA dari Kedah itu juga dilakukan bertepatan dengan konsep mereka. EP ini diterbitkan secara professional dalam kuantiti 300 unit sahaja dan boleh didapati dengan harga RM20 (termasuk pos) melalui whattapp ke: 019-3317868.

No comments:

Post a Comment