PREDICATE NOT DEFINE telah bergelumang dalam scene metal Pulau Pinang sejak 15 tahun lalu selain telah pun mempunyai 2 album penuh, “The Story Remains the same” (2006) dan “Fear, Forgotten and Regret” (2010) dan beberapa promo disepanjang usia itu, mereka turut mempunyai pengalaman yang luas diatas pentas. Mereka juga antara kumpulan tempatan pertama yang memperkenalkan growler wanita. Namun Hilda sudah mengundur diri. Ralatnya, saya tidak berkesempatan untuk mendengar album mereka kerana terlepas pandang, mungkin disebabkan sikap saya yang agak konservatif terhadap muzik metal yang moden dan nama band yang kedengaran ilmiah. Haha! Maka dengan itu saya menilai apa yang mereka persembahkan didalam album ini semata-mata (tiada rujukan material sebelumnya), mungkin tahap kemahiran mereka lebih bagus kini.
Sebaik saya memasang CD ini, pertama sekali saya puji dan kagum dengan tetapan bunyi gitar mereka, memang berat dan crunchy. Kawalan rhythms yang bagus sekali, berpadu dengan dram yang saya kira dimainkan ketat sekali oleh Fazi. Jika mereka mengatakan dalam biografi bahawa INFLAMES, PANTERA, ROTTING CHRIST adalah pengaruh kuat P.N.D, saya memang setuju. Satu kombinasi yang agak pelik dan unik. Bagaimanapun saya perlu jujur untuk mencadangkan agar vokal bersih dibuangkan pada masa hadapan atau Azwi perlu lebih giat berlatih untuk mendapat tona yang baik dan punyai perasaan. 13 trek dimuatkan dalam CD ini dengan kualiti mastering yang hebat dari Acidrock, anda pasti puas melayan semua lagu termasuk trek akhir “The Mustar Anthem” agak menyeramkan dan berhantu jika didengar malam hari. Haha! Jika anda bersetuju dengan idea-idea dari kumpulan tempatan seperti HEGYRA, KHEROW, PILGRIM, kepala hanguk anda pasti tak tenteram dibuatnya! Hubungi: totalazwi@gmail.com

No comments:
Post a Comment