Monday, September 5, 2016

VENOM “From the Very Depths” (SPINEFARM RECORDS) – UK


Banyak yang berpendapat VENOM adalah kuda tua yang sepatutnya menyerah kalah setelah beberapa album bersama anggota asal tidak mencapai apa yang mereka harapkan. Dan bagi Abandon dan Mantas juga, mereka memilih untuk keluar mencari kehidupan normal dan membiarkan Cronos meneruskan perjuangan bersama anggota-anggota baru hinggalah kini tiba-tiba muncul VENOM INC IRON & STEEL. Walaupun ada peminat lama yang mengkritik keras, Cronos bagi saya, tetap membawa semangat dan roh VENOM yang asal. Benar, tidak akan ada lagi rilisan-rilisan pencetus evolusi seperti “Welcome to Hell” atau “Black Metal”, tetapi ia tidak bermakna VENOM jadi lesu dan mengarut seperti kumpulan-kumpulan metal veteran yang lain. Mereka kekal ditakhta mereka dan terus mengibarkan panji-panji muzik gelap dan jahat sampai mampus! Album ini berat, moden dan semestinya jahat seperti album “Fallen Angels” sebelum ini dengan lebih kuasa kuda pada bass gitar. Tiada apa yang perlu dikritik mengenai kekuatan vokal Cronos, manakala permainan dram oleh Dante, sudah terbukti hebat di studio mahupun dalam persembahan live. Dante juga dilaporkan sangat mesra peminat dan tidak ego rockstar seperti bekas ahli VENOM walaupun berasal dari kumpulan glam rock. Setakat ini saya masih yakin dengan produk yang dirakam atas nama VENOM. Ha! Ada satu yang saya tak suka, ilustrasi kulit hadapan yang mengarut dan murahan itu. Kadang-kadang macam IRON MAIDEN “Dance of Death” pun ada…

No comments:

Post a Comment