Raja bomoh metal dari Klang kembali dengan album yang jikalau
kumpulan seperti Bon Jovi tu dia akan namakan album ini ‘best of” and featuring new
singles la. Hahaha. Begitulah kira-kiranya CD ini yang menampilkan 3 lagu baru
“Puja Arwah Ratnajamsari”, “Ritual Setan” dan “Kuburan” bersama intro, outro.
Trek selebihnya dalam CD ini merupakan 4 lagu yang dirakamkan semula dalam
versi tahun 2016 yang diperkemaskan struktur dan susunan lagunya. Barangkali
permainan mereka juga lebih utuh kini.
Jika mengikut teks dalam kulit album ini, mereka menyatakan
memainkan genre ‘black metal tradisional’. Itu saya setuju oleh kerana kualiti
rakaman di Mahsuri Studio dan juga pembawaan metal acuan mereka sangat
mengingatkan saya kepada album-album BATHORY, dan DARKTHRONE awal. Saya andaikan ia mungkin kerana peralatan/kaedah rakaman di situ yang primitif atau ANTABOGA sendiri
yang memilih untuk kedengaran begitu (rujuk album seperti ‘Transylvanian
Hunger”, atau “A Blaze..” ) dan sudah tentu dengan tuju-tuju melodi nusantara yang
mencengkam jiwa.
Rakaman semula itu adalah satu usaha yang baik jika mereka
berpendapat yang dahulu masih tidak mampu mencapai piawaian angker nya. Tetapi
setelah saya turut ikut mereka berlatih di studio (yang secara displin mereka
lakukan pada setiap malam minggu), saya berpendapat ada baiknya mereka jalan
terus dengan komposisi-komposisi baru dengan penuh yakin dan garang.
Dapatkan CD dengan harga RM25 melalui Antaboga.
band ni ganaih betuk kalo atas stage...seram!
ReplyDelete