Tuesday, December 6, 2016

DUOUD & ABDULATIF YAGOUB “Sakat” (LABEL BLUE) – PERANCIS



CD ini dihadiahkan oleh Eddie, dari THE FOUR HORSEMEN ketika berada di Johor tempohari, katanya “Hang minat DEBU kan nah ni aku hadiah”. Pada mulanya saya hanya menganggap ia muzik sufi tradisional, lebih-lebih lagi banyak foto-foto ketika mereka dijemput untuk membuat persembahan di Yaman dimuatkan dalam kulit album ini, anggapan saya ia mungkin sepsis “Yahanana”. Kebanyakan info dalam internet berkaitan DUOUD dan ABDULATIF YAGOUB pula berbahasa Perancis, jadi andaian saya lagu-lagu secara live di French Cultural Center of Sanaa, Yaman dan diadun dan di mastering di Paris. Mujurlah lirik dan maklumat dalam kulit album ditulis dalam bahasa Inggeris juga.

Saya tersilap, mereka benar-benar mirip DEBU, yakni memainkan world music, bezanya DUOUD dan ABDULATIF YAGOUB sangat moden, komposisi mereka berteraskan sepenuhnya pada programming dan elektro oleh Smadj dan Mehdi Haddad, manakala Abdulatif sebagai penyanyi dan ahli-ahli lain memainkan berbagai-bagai jenis alat perkusi. Smadj turut memainkan bass pada 5 lagu didalamnya. Manakala mismar dimainkan oleh Ahmed Taher. Jika mendengar kepada kemeriahan lagu-lagu mereka, mungkin ia memerlukan lebih ramai pemuzik. Namun itulah kuasa programming dan keyboards. “Sakat” bermaksud “Sunyi” dalam bahasa Melayu, lagu-lagu didalam CD yang diterbitkan pada tahun 2005 ini memberikan satu rasa ketenangan, hipnotik dan kegembiraan jika dikaitkan dengan lirik yang dibawa, iaitu ‘percintaan’. Sebuah karya seni yang jujur dan menarik. Entah dari mana Eddie dapat CD ini?

No comments:

Post a Comment