Sedang aku makan malam roti canai 2 keping di Restoran Yasin Yusuf, Gombak, Ah Chuan menghantar mesej “Nak pi tak?” berserta flyer gig melalui Whattsapp. Memandangkan aku pun tiada arah tuju malam ini, harga tiket pun RM15 aja, aku pecut motorsikal ke pejabat Ah Chuan. Terpaksa tunggu Ah Chuan tamat tugas pada jam 10.00 malam, barulah kami pun bergerak meredah kesesakan lalu lintas jalan Ampang dek kerana sekatan polis trafik.
Sesampai kami di Rumah Api, suasana sunyi sepi seolah-olah tiada acara sedang berlangsung. Rupanya semua punksters sedang havoc di pintu belakang, kami pun ikut lorong belakang dan terus masuk lihat ODIO sedang membuat persembahan penamat. Kami sempat layan 4 lagu yang penuh huru hara dan bingit. Sistem bunyi Rumah Api seperti yang kita sedia maklum memang total barai. Vokal dan gitar memang busuk habis, penyelamatnya adalah rentak dram yang jelas walaupun tidak guna miking.
Paling simpati tengok si vokalis Joneon baling tin Carlberg tepat kena dahi seorang penonton sampai tercabut topi dikepala dia. Bila tengak dia pun ditangan pegang sebotol liquor, sasaran Joneon boleh dikira amat tepat.
ODIO ditubuhkan di Oakland, California pada Disember 2015 oleh Giamoco, seorang pemain dram dari negara asal lasagna, iaitu Itali. ODIO turut dipetik dari perkataan Itali yang bermaksud ‘kebencian’. Mereka banyak dipengaruhi oleh pergerakan noisecore/punk dari Jepun seperti Zyanose, Zouo, Gai dan G-Gas, namun melalui EP pertama mereka ” berjudul “Un Mondo Libero Dall’Uomo” (a world free from man) menunjukan ODIO menafi rakaman serabai dan lo-fi gaya Jepun. Sebaliknya mereka memilih produksi berat dan kemas dari sentuhan Greg Wilkinson at Earhammer Studios. EP ini diterbitkan dalam bentuk piring hitam 7 inci oleh Nightrider Records.
Ketika aku sampai di gerai merchandise ODIO hanya tinggal satu keping saja lagi EP “Un Mondo Libero Dall’Uomo” yang terus disambar seorang budak punk. Melihat aku yang tak sempat mendapatkan EP tu, Giamoco mengeluarkan EP tersbut dalam format kaset terbitan Pissed Off dari begnya dan menjual sendiri pada aku dengan harga RM12. Kami bergambar kenang-kenangan bersama.
Hubungi Odio melalui: fabuloushorrificbeast@gmail.com
berbahang tempatnya tgk gambar tu mandi peluh haha..
ReplyDeleteMemang la bro.. nama pun Rumah Api. macam ke Sauna laa gig sini. Boleh kurus.
Delete