Saturday, March 11, 2017

BLACK ABYSS “Funeral Christ” (M.O.M PROD) – MALAYSIA



Kumpulan unholy black metal dari Shah Alam yang ditubuhkan sejak 2003 ini sudah lama berkira-kira untuk menerbitkan album sulung. Mereka juga aktif membuat persembahan sekitar Malaysia sejak terbitnya demo mereka pada 2007. Ketika itu saya masih lagi menetap di Wangsa Maju, dan boleh dikatakan saya antara yang pernah melihat mereka dalam formasi bayi. Nersyhm, yang pernah membantu band saya juga akhirnya menjadi gitaris mereka selain menunggang INSULTOR.

Boleh saya katakan mereka antara yang paling kental dan langsung tidak berganjak dari konsep sejak mula ditubuhkan. Mereka ada jati diri. Seperti yang telah dinyatakan pada kulit album ini, mereka memberi tabik hormat kepada 3 kumpulan prima black metal Malaysia: RATOR, NEBIRAS dan BAZZAH. Mereka turut berada dilandasan mazhab ini. Mereka menjalankan rakaman di studio yang bagus iaitu ISeekMusic Studio pada 2010, dan seterusnya diaduan dan menjalankan proses mastering di Necro-X studio yang memang mempunyai kepakaran dalam produk black metal. Saya berpendapat kerja-kerja aduan dan mastering memang dilakukan pada tahap yang amat serasi dengan haluan muzik mereka.

Tetapi ada beberapa titik temu yang tidak seragam semasa rakaman dan boleh diperbaiki lagi pada masa depan. Jika anda mengemari black metal dengan gaya purba dan penuh pemujaan kuasa gelap. Dapatkan CD yang diterbitkan secara professional ini. BLACK ABYSS sememangnya ‘black abissss!’ Hubungi: christbeheader@gmail.com

No comments:

Post a Comment