Monday, July 17, 2017

SECRET AGENDA “Resurrection Day” (TERBITAN BERDIKARI) – MALAYSIA



SECRET AGENDA ditubuhkan pada tahun 2014 oleh pemuzik-pemuzik yang sebelum ini berkecimpung dalam dunia mainstream namun kini membawa irama thrash metal untuk menimba pengalaman baru dan mencuba suatu genre baru buat mereka. Itu kata Caown, gitaris mereka.

Bagi mereka yang bergelumang dengan muzik bawah tanah, tidak susah untuk mengesan jangka hayat SECRET AGENDA dalam scene ini melalui imej dan hala tuju yang digarapkan. Pemilihan visual ‘ketengkorakan’ semaksima mungkin, to show hey! I’m bad. (hahaha! Anda tahukan macam tshirt MAY, WINGS selalu pakai tu?), pengaruh band tempatan paling tipikal (CROMOK dan SIL KHANNAZ) dan seringkali mereka ini terdiri dari pemuzik yang hebat dan berbakat. Kalau true metal tahulah, Attitude 80% music 20%. Haha!

Bagusnya produk sulung mereka ini berkualiti tinggi dari segi rakaman, susunan lagu, skill dan kerja-kerja adunan yang dilakukan di Rocktone Studio oleh Sendart Daarchlea. Andai mereka mempunyai jaringan yang kuat antara label dan distro sudah tentu mereka dilamar bagi diterbitkan semula album ini dalam format professional. Saya nasihatkan mereka teruskan usaha mempromosi dan menjalinkan hubungan 2 hala. SECRET AGENDA agak terlewat untuk hadir dalam dunia metal ini, zaman sekarang label tidak lagi menatang kugiran-kugiran seperti emas walaupun kamu mampu bermain sebagus mana pun. Label sekarang perlu mengetengahkan produk yang digilai dan mampu dijual untuk mengekalkan kelangsungan hidup sendiri. Jika mahu berharap label tempatan, mereka lebih gemar re-release album-album bersejarah yang dicari-cari para collectors. Hanya sebilangan kecil sahaja label yang berani terbitkan album dari kumpulan baru dan memperjudikan nasib untung-rugi.

Bagi saya album ini adalah diantara yang terbaik bagi kualiti rakaman genre thrash metal pada tahun 2017 ini. Merujuk biografi SECRET AGENDA di facebook mereka menulis haluan mereka adalah American Metal. Bagi saya mereka memainkan neo thrash metal dengan pengaruh yang sangat kuat dari KREATOR baru (era Christian Giesler). Mereka kencang, ligat, berat, liar namun tidak lupa pada sentuhan melodi. 

Dapatkan album ini dengan harga RM25 (Whattapp: 012-5403790- Caown), anda pasti terhibur dan bangga dengan percambahan kugiran yang berpotensi besar dari Malaysia tahun ini. Sesekali melihat logo mereka, teringat ANTHRAX, JUDAS PRIEST dan SADUS.

http://secretagendaband.blogspot.my/

* minta tolong ubah ejaan 'trash' kepada thrash metal bro.

No comments:

Post a Comment