Friday, July 13, 2018

SIAL “Destinasi Terakhir” – MALAYSIA


Sebaik saya beritahu Yunus, bahawa saya sedang mendengar demo CD SIAL ini, dia geleng kepala dan berkata “Gila babi”. Ya lah, dia hantar CD ini pada awal tahun 2018 dan berharap ia akan jadi ulasan pertama di blog Rakap Besi untuk tahun ini. Malangnya saya ini jenis kumpul semua CD-CD yang dipos ke alamat rasmi HQ Rakap Besi dan didengar semuanya serentak. CD ini dimulakan dengan lagu “Badi” yang membangkitkan aura dan merangsang naluri untuk mendengar lagu-lagu yang seterusnya. Melodi yang membuatkan kita hanyut dibawa irama besi yang misteri. Kualiti rakaman yang bagus, susunan ritma yang bagus, begitu juga tetapan bunyi gitar yang kering, nyaring dan mengigit! Ia sangat sesuai dan sempurna. SIAL sudah boleh berdiri setaraf FILSUFATIA yang dikira veteran bagi genre depresif metal di Malaysia. 

kulit versi Wolfmond

Lima lagu seterusnya “Emosi Depresi”, “Hanyut Bersama Mimpi”, “Rindu merintih Pergi”, “Sendiri Menyendiri” diteruskan dalam radius dan momentum yang sama barangkali lebih gelap dan suicidal dari lagu “Badi”. Mereka turut mengadun banyak sampel yang dipetik dari berbagai sumber seperti laporan berita dan pengakuan terakhir dari mangsa buli. Mungkin kurang sisi ambient dalam rilisan SIAL buat kali ini, namun bagusnya sisipan elemen doom metal kedengaran begitu menyerlah sekali. Dengarnya demo ini telah diterbitkan semula sebagai EP oleh MTD Production dengan kerjasama Wolfmond dari Jerman.

No comments:

Post a Comment