Saturday, March 20, 2021

MENGINTAI KEJORA DI MUSAFIR LARA CAMPSITE


Buat kali ke-2 kami bermalam lagi di Musafir Lara, Kampung Wai, Kuala Perlis. Kali ini 9 orang hadir untuk aktiviti star gazing sambil menikmati makan malam yang lain daripada yang sebelum ini. Bosan juga jika asyik BBQ, memandangkan sekarang musim udang galah dan jagung. Malam ini kami buat char koeteaw udang galah dan jagung bakar.





Pon, Park Side dan Yik daripada team OSBMX Perlis datang tidur tanpa sebarang peralatan. Betul-betul homeless by choice! Foto kredit: Pak Side.


Amin Arawi and the gang pun hadir. Terima kasih kerana bawa otak-otak dan nasi putih bersama kailan ikan masin. Kami buat nasi goreng esok paginya untuk sarapan. Malam-malam ang dingin begini, layan mocha sambil tengok bintang apa lagi nak dikata! Sungguh damai!






Laporan oleh:

No comments:

Post a Comment