BERAKIT-RAKIT KE HULU, BERENANG-RENANG KE TEPIAN
Kami meninjau tapak Musafir Lara dengan sayu, kawasan itu dan sekitarnya telah dijarahkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran mungkin untuk penyelenggaraan projek Tebatan Banjir. Entahlah? Saya sendiri menerima pertanyaan dan tempahan bertubi-tubi sejak minggu lalu daripada campers serata pelosok tanahair yang ingin bermalam di sini. Maaflah…
Hari ini kami bergerak ke tapak asal Rakap Besi Campsite untuk bermain bot getah dan meraikan kepulangan rakan-rakan sekampung yang sudah begitu lama tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan. Maka sebaik sahaja kerajaan mengumumkan kebenaran merentas negeri bermula 11 Oktober 2021, berduyun-duyunlah orang pulang ke kampung bagaikan hendak menyambut Hari Raya Puasa lagaknya!
Tengah ralit berbual, manakala Roohi dan Man mengayuh bot jauh ke terowong, kami dikejutkan dengan sapaan seekor ular tedung selar sepanjang 1 meter yang berenang ke arah kami untuk naik ke daratan. Mujur tindakan pantas Pak Long Am membuatkan ular itu berpatah balik balik dan menghilangkan diri. Terima kasih kepada Shahriman, acara ini pasti tak jadi kalau tanpa usaha daripadanya. Malah sarapan pagi pun takdalah kalau dia tak bawa.
Untuk makluman rakan-rakan sekelian, kami dalam proses untuk menjadikan Musafir Lara Campsite sebagai program Denai Sungai Kebangsaan, maka bolehlah kita teruskan aktiviti rekreasi kita sambil berkerjasama dengan pihak kerajaan dalam memastikan kelestarian sungai terus dipelihara.
Laporan oleh:
syok ni...adjust lagi nnt...
ReplyDelete